Wednesday, September 3, 2014

57 Tahun Usia Malaysia

Lama benar rasanya tak menulis. Sibuk sangat hadiri open house dan majlis kahwin. Hahahaha. Anyway, rasanya belum terlambat untuk gua ucap Salam Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia.

57 tahun brader. Kalau Malaysia ini diamnya di dalam jasad seorang manusia. Atau adalah nama di atas sekeping IC. Ini gua nak cerita, kalau..

Ada kemungkinan, Malaysia sedang bertarung dengan kencing manis atau darah tinggi. Atau, mukanya berkerut kedut, pipinya labuh, perutnya buncit. Paling tidak, Malaysia sekarang sedang bertongkat atau berjalannya itu lambat lambat. Malaysia suka tengok Tivi, wresling, Akademi Fantasi dan Maharaja Lawak. Tak pernah mis. Tempoh hari, Malaysia datang audition Kilauan Emas, Tapi tak sempat naik stage. Malaysia di kejarkan ke hospital. Semput tunggu lama sangat nak sampai turn. Jadi Malaysia padamkan aje niat itu. Pakai layan dalam Tivi sajalah. Semenjak dah tua ini. Malaysia dah lama tidak ke kebun atau buat kerja kerja berat, tak larat. Petang petang, Malaysia akan lepak dengan teman seusia di kedai kopi, sembang lebat sambil tepuk tepuk meja. Itu salah, ini salah. Dia itu tak betul, dia ini tak betul. Patutnya begini, patutnya begitu. Eh, Malaysia tahulah. Sebab Malaysia kuat tengok Tivi. Malam sikit, lepas orang balik solat Isyak, Malaysia layan sabung ayam, di belakang kedai kopi itu juga. Malaysia tak taruk duit pun, tengok tengok sambil teman member saja.

Kalau Malaysia adalah bekas pekerja kerajaan, mungkin dia sedang duduk atas kerusi malas menghadap laman rumah sambil bermanja dengan cucu. Pagi pagi, Malaysia pakai baju koler masuk dalam, seluar slack. Kemas. Capai kunci kereta Exoranya, pergi kedai Mamak. Beli akhbar Utusan sambil layan teh tarik. Mulut..fuh..fuh..lepas asap rokok. Baru lepas pencen. Malam sikit nanti, Malaysia sarung jubah sama kupiah, naik motor pergi masjid. Malaysia sekarang orang kuat masjid dan ketua JKKKKK. Malaysia tak harap pun jawatan jawatan itu, tapi mungkin sebab Malaysia habis khidmat hari itu, grednya tinggi juga. Jadi orang pandang up sikitlah. Dalam almari Malaysia baju batik ada la dalam 40 jenis. Senang kalau nak jadi wakil ke majlis majlis rasmi. Kalau ada masa, Malaysia akan lepak minum dengan member dekat mana mana coffee house. Sembang politik sikit sikit. Kalau ada Malaysia dengar orang muda muda serong sikit arah kiri. Siap. Malaysia sekolahkan habis habis. Malaysia ajar budak budak itu pasal sejarah.

Lain pula Malaysia yang seorang lagi. Dia jaga kesihatannya. Kalau ke surau pun pakai berjalan kaki sahaja. Memang dari usia mudanya Malaysia ini tidak pernah bermalas malas. Kulitnya masih ketat, ototnya masih kuat. Perkara perkara tak molek memang jarang singgah pada badan. Walau dah tua, Tiada sakit sakit pinggang atau urat berbelit. Demam pun 2 tahun sekali. Kecuali dengan kuasa Allah lah. Tiada lebam tua di wajahnya selain dua lekuk di dahi. Pagi hari minggu, Malaysia ke kelas agama di masjid besar daerahnya. Kalau hari hari biasa, jika tidak berkebun, tidak ke toko buku atau bermain golf, Malaysia akan duduk duduk depan Tivi layan Discovery Channel dengan cucu. Sekejap sekejap setiausaha di ofis call, nak datang rumah bawa dokumen dan cek yang perlu di tandatangani. Malaysia jarang minum air sejuk, dia suka air suam atau barli panas. Petang sikit nanti, Malaysia kena hadir mesyuarat di salah sebuah sekolah tahfiz yang beliau taja. Katanya pengetua, ada 7 orang anak murid layak sambung belajar ke Mesir. Jadi Malaysia nak pi tengok mana beliau mampu bantu. Walaupun Malaysia ada banyak kereta besar, siap ada driver, Pak Mat namanya. Tapi Malaysia akan pergi mesyuarat nanti pakai kereta Myvi anak bongsu beliau. Pandu sendiri. Malaysia cuma minta Pak Mat pergi Mydin saja. Beli beras 5 kampit, minyal dan gula. Nak bawak sekali pergi sekolah tahfiz itu sekejap lagi. 

Jadi lu orang mahu jadi Malaysia usia 57 yang mana?

Potong Tang Kona: Semenjak kes MH17 tempoh hari, tivi akan ada selingan bacaan Al Fatihah sebelum iklan. Kita yang biasa terselak kain pelekat depan tivi, nak garu punggung pun jadi serba salah. Terus duduk elok elok dan ikut bacaan. Molek sangat kalau diteruskan......Ok, yang itu ajelah nak puji, sekian.



Wednesday, August 13, 2014

EPIGRAM : Diamond Yang Hilang

Menjak dua menjak ini, selain open house raya. Banyak juga gua terima jemputan perkahwinan. Sebagai contoh minggu lepas, gua ada hadir satu majlis perkahwinan di Bangi. Ini adalah perkahwinan sepupu gua, akad nikahnya itu waktu malam. Kurang lebih jam 8 macam gitu. Kebetulan pak cik gua yang juga wali, request untuk jadi juru akad (ini contoh jantan yang sangat sejati).

Masa pengantin dok testing dan berlatih lafaz akad, adalah salah seorang jemputan yang duduk sama meja dengan gua itu muntahkan soalan.

"Masa ini mesti cuak gila ni kan? Pulak tu si wali yang jadi juru akad...huu aih. Masa kamu dulu neves tidak?"

kurang lebih begitulah soalan yang diajukan dan dia ini adalah seorang gadis. Bujanglah maksudnya.

Gua sekilas pun tak pikir, terus jawab.

"Tak cuak..."...nampak, seorang jantan perlu yakin! Hahaha

Sebab ramai pengantin baru (untuk jejantan) biasanya anggap, kena tanya soalan dengan tok imam, akad dan baca lafaz Ta'liq dalam proses perkahwinan itu adalah sangat mencuakkan. Dan bila selesai aje, boleh relek, happy happy. Padahal perkara yang akan berlaku selepas itu lebih lebih lagi men cuak kan.

Ok, kepada para jejantan yang bakal menjadi pengantin atau mana mana anak gadis yang masih tidak tahu dan ingin tahu. Ini gua nak cerita. Ke cuak kan atau gemuruh masa akad nikah ini mungkin normal. Lebih lebih lagi untuk jejantan yang memang jenis ada stage fright atau mudah dapat nervous breakdown. Tapi cuak masa akad nikah ini rasa dia macam cuak untuk sesetengah orang tidak pakai seatbelt dan kat depan sana ada police buat roadblock. Dia macam :

".....eh, eh..alamak, alamak..demmit..mana seatbelt aku nih..aduuuh"

Bila dah settle dan dah lepas itu ia akan slow slow hilang dan lenyap seperti buih buih ombak yang timbul sekejap sekejap di tepian pantai. Sebab selepas itu, pengantin lelaki akan sibuk layan tetamu, sanak saudara dan kawan kawan yang tak abih abih ugut nak call pukul 12 malam karang. (Tah hape hape perangai) Lebih lebih lagi kalau petang tu awan mendung menandakan hari nak hujan. Siap la hangpa. Kena point sampai sudah.

Jadi pendik kata, memang masa akad itu nervous nya suam suam kuku sahaja atau memang tak nervous langsung. Hah, apa?  Lafaz Ta'liq? Hek eleeh, lagi lah tak cuak. Alah...bukan susah pun, baca aje. Baca...macam baca surat khabar tu. Apa nak cuaknya. Bukan dia tulis bahasa Uruguay atau Jepun. Jadi, tang mana yang cuaknya? Meh gua listkan. Seorang jantan yang telah menjadi suami akan menjadi cuak dan sangat cuak bila mana :
  1. DIA TAHU DENGAN JELAS. Setiap perbuatan dosa isteri itu, suami dapat bahagian juga
  2. Isteri tak sembahyang dan tak pandai mengaji
  3. Isteri tidak tutup aurat dan rambutnya oren
  4. Isteri buka pekung dan kuat mesyuarat tingkap
  5. Isteri rupanya tak reti langsung memasak dan buat kerja rumah
  6. Isteri cakap 'Dear...i ada tengok satu hangbag/kasut ni tau...' Sambil gosok gosok peha.
  7. Isteri cakap 'Dear...u ingat tak tarikh kita mula mulaaaa couple dulu?'
  8. Isteri cakap 'Dear...ni, ni...TUKANG URUT SEK24 ni sapa ni?Sapaa??' Yang sebenarnya adalah Pak Hassan, tukang urut Seksyen 24 Shah Alam. Tapi dia ingat tukang urut seks. Hadooi! "-__-
  9. Isteri cakap 'Dear...u mesti lupakan? Mesti lupa ni! Hari ini anniversary kita!!!' 
  10. Tiba hujung bulan, bila kena setelkan bills. Lebih lebih lagi yang kahwin berhutang bank.
  11. Tiba hujung bulan, bila tiba tiba kereta rosak
  12. Tiba hujung bulan, bila anak cakap cikgu suruh beli buku tambahan
  13. Kena buat pilihan, duit yang tinggal ni nak buat isi minyak kereta pergi kerja atau beli pampers anak dulu
  14. Kena buat pilihan, siapkan kerja yang berlambak lambak di ofis atau balik rumah mertua (hujung minggu)
  15. Kena buat pilihan, pinjam duit dari member atau tahan lagi 4 hari untuk gaji sebab bank dah start call tanya bila nak bayar hutang
  16. Kena buat pilihan, join member lunch di KFC, Pizza, makan Ayam Penyet atau simpan duit itu beli ayam untuk lauk di rumah
  17. Kena buat pilihan, bagi duit pada orang tua di kampung dulu atau bayar sewa rumah dulu
  18. Kena buat pilihan, perlu atau tidak buat lebih dari satu kerja untuk sara keluarga
  19. Kena buat pilihan, gembirakan hati ibu bapa sendiri dan mertua dalam satu masa yang sama
  20. Kena buat pilihan, batalkan insuran atau tangguh hutang bank lagi 2 3 bulan
  21. Tiba tiba boss cakap 'You're fired!'
  22. Tiba tiba mertua cakap 'Eh, ada telur aje ke dalam peti ais rumah kau ni?'
  23. Tiba tiba orang tua di kampung cakap 'Haji Megat sebelah rumah tu dah 3 orang cucunya..'
  24. Tiba tiba isteri tak balik rumah
  25. Tiba tiba tengok baki akaun bank tinggal RM24 padahal baru 12 haribulan
  26. Tiba tiba tarif elektrik, harga minyak, gula, ayam, daging, ikan, toll dan lain lain.....naik!
  27. Tiba tiba perasaan marah, sedih, stress, bengis muncul
  28. Tiba tiba kena serangan jantung......
Ok, sampai tahap itu. Memang cuak, tak perlu pakai baju songket. Tidak perlu bertanjak tinggi, berkeris kontot. Tidak perlu ber shake hand dengan tok kadi atau pak mertua. Tidak perlu duduk bersila atas bantal di depan orang ramai. Tak perlu....dia punya cuak memang gila punya. Melampaui cuak semasa ritual akad itu. Pi lah tanya mana mana jantan yang dah kahwin. Kompom!

Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh buat jejantan semua cuak. Apa yang gua list kan itu sikit saja tu. Nyambil nyambil aje tu. Yang buat lebih parah lagi, semasa dalam keadaan menggelabah, nervous dan cuak itu. Tiba tiba baru terlintas dalam hati...

'Eh, gua ini rupanya tak bersedia lagi....kot'

Memang naya. Jadi, jejantan semua. Bersedialah. Maksudnya bersedia di sini bukan bersedia pergi buat manicure pedicure. Bukan bersedia untuk ukur baju pengantin, bukan bersedia pergi urut badan, urut batin, mandi minyak, mandi susu, cukur kumis, trim janggut, tempah kad kahwin, bukan bersedia itu sahaja. Tetapi bersedia untuk menghadapi semua situasi yang bakal menjelma selepas usai proses akad itu. Haish, paham ke tidak ni?

Bersedia juga bukan bermaksud perlu ada duit yang banyak, bukan juga bermaksud kena ada kereta dulu, atau rumah, atau simpanan ASB yang beratus ribu, atau jongkong emas yang bersusun tinggi atau apa apa yang berbentuk material. Tidak. Bersedia yang sebetulnya adalah dari segi minda, peranan dan tanggungjawab menjadi suami dan ketua dalam keluarga.

Kalau bersedia, kemas dan kukuh. InsyaAllah..dari proses awal, sampai bila bila pun tak cuak. Nak masuk akad yang kedua? ke tiga? ke empat? (kalau kahwen ramailah) tetap tak cuak. Tak nervous. Kalau cuak sangat pun suam suam kuku sahaja. Lepas itu ia akan slow slow hilang dan lenyap seperti buih buih ombak yang timbul sekejap sekejap di tepian pantai.

Google Image

Potong Tang Kona : Ramai jemputan yang kata, nampak tangan gua mengigil masa baca lafaz Ta'liq. Haish! Itu bukan menggigil tu...itu pakinsen tu. Dia memang datang jarang jarang. Kebetulan hari tu dia datang. Nak buat macam mana..........kan. Ha.

Tuesday, August 5, 2014

EPIGRAM : Suami yang 'Full of Surprises'

Perempuan(isteri) ni, biasanya mudah terpikat dengan jejantan yang suka buat surprise. Romantik sangat kata mereka.

Gua pula (walaupun sayang bini), memang tidak pandai sangat buat surprises ni. Jadi kalau kata esok lusa tu birthday dia contohnya. Gua akan tanya direct aje.

'Ha, ni birthday kali ini nak apa?' Persis orang kaya.

Nampak, ego kena ada walaupun tidak berduit. Hahahaha!

Dan seperti tahun tahun yang sebelumnya. Bini gua akan jawab.

'Hek eleeeeh..tak surprise langsung!'

Jawapan itu pula akan disusuli dengan hujah yang panjang lebar. Tentang perlunya diterapkan dalam jiwa seorang lelaki(suami) sifat full of suprises. Ini tidak lain adalah untuk mempastikan hari hari yang dilalui dalam perhubungan rumah tangga itu lebih intim dan romantika. Sekaligus mengangkat level kebahagian itu ke satu aras yang lebih tinggi dan dihargai. Pung pang pung pang...dia bagi.

Bagi gua pula....eh, apa hal yang nak terkejut terkejut sangat. Letih lah.

Gua bukan apa. Kalau beli sendiri, takut tak kena pula dengan selera dia. Dah pernah kena dah. Rugi woo. Lagipun dah lama kenal, dah berpuluh ulang tahun, dah banyak tanggal tanggal istimewa. Macam macam dah bagi, sampai dah tiada idea. Alaah, macamlah tak kenal. Kita orang jantan kan memang malas nak pikir pikir benda gini. Tanya teruskan lebih senang, lebih praktikal dan berkesan. Depa ni nak surprise ke nak hadiah sebenarnya?

Raya tempoh hari di rumah mertua. Sebagai menantu sopan dan kesayangan, memanglah gua dijamu macam macam. Sebut, dapat. Sebut, dapat. Memang heaven. Perut dan macam peti ais, lemang, ketupat, satay, kari kapla ikan, rendang daging, rendang ayam hutan, nasi impit, masak lodeh, kuah kachiang dan asam pedas. Apa lagi? Apa lagi?...Eh, apa tu? Mee goreng? Ayam masak merah? Rempeyek? Sapuuu~ Perangai memang macam Somalia. Mercun bola dengan bunga api aje gua tak telan. Lain semua selesai. Masaalah problemnya, perut gua ini kalau dah macam gitu isinya. Mulalah nak lepas bom sana sini.

Raya ke dua, malam. Selesai solat mahgrib berjemaah, elok gua nak bangkit dari sejadah. Tidak semena mena gua terbom satu kali. Bini gua yang bertelekung di belakang, syahdu sambut bom tersebut. Pasal baunya yang menusuk, dia terus tarik muka.

' Eeeiiiiii....bau mayat! Lain kali bagi lah amaran dulu. terkejut i, sampai hati!" Dia tenung gua tajam.

'Eh, kata suka suami yang full of surprises....dah dapat surprise, marah kita pulak'

Macam macam hal orang perempuan ni....eh, tak paham lah!


Potong Tang Kona : Tapi memang lain macam bau bom gua tempoh hari. Diri sendiri bau pun macam nak rebah. Bila dah bau tu, siap macam ada after taste kat tekak. Gua sendiri pun surprise. Dasyat gila wey.

Google image

Saturday, July 26, 2014

EPIGRAM : Salam Aidilfitri






Potong Tang Kona : Tahun ini beraya di kampung bini gua. Kota Tinggi, Johor. Nasi impit, kuah lodeh, kuah kachiaang. JAWA! hahahah.

Friday, July 25, 2014

EPIGRAM : Ramadhan Kali Ini Dapat Apa ?

Dah nak sampai hujung dah. Time macam gini, kalau ummi gua kejut sahur kecik kecik dulu dia akan cakap  

"...bangun, bangun...kita dah start turun bukit ni..."

Waktu waktu macam gini juga, biasalah. Orang akan tanya :

- Baju raya tahun ini kaler apa?
- Dah pergi jalan TAR?
- Zakat dah bayar?
- Boss kau bagi duit raya berapa?
- Berapa pasang baju raya u tahun ini?
- Duit raya dah isi?
- Biskut raya dah beli?
- Raya balik mana?
- Langsir dah tukar?
- Ofis buka balik bila?
- Open house rumah u raya ke berapa?
- Kereta dah servis?
- Cuti raya berapa hari?
- Tudung beli online ko dah sampai?

banyak lagilah. Soalan soalan macam ini gua dapat juga tiap tiap kali hujung Ramadhan. Tapi semalam gua dapat soalan yang paling menggetarkan jiwa.

Ramadhan kali ini dapat apa?

Padu. Solid. Kemas. Deep. Tumbuk rusuk. Berpeluh.

Semoga amalan amalan baik kita sepanjang Ramadhan ini diangkat. Dicatitkan segalanya dalam buku amal. Paling penting adalah, tabiat, amalan, budi dan tingkah santun yang kita jaga setiap hari di dalam Ramadhan kali ini dapat dipanjangkan terus di masa masa hadapan.

Gua mengambil kesempatan ini. Untuk memohon maaf kalau mulut longkang ini telah mencederakan hati dan perasaan sesiapa. Terima kasih atas komen dan sokongan. Love u like a love song~ (pui! gay sangat..)




Potong Tang Kona : Salah satu mission tahun ini adalah pakai kopiah time keluar rumah sepanjang Ramadhan. InshaAllah, 2 3 hari lagi ini kalau tiada aral boleh kata mission accomplished lah. Sunnah kecil dulu. Yelah, kalau time keluar songkok kat kepala takkan la nak padankan dengan seluar pendik nampak lutut pula. Yedak?

Wednesday, July 23, 2014

EPIGRAM : Geng Baju Raya Mahal

3 4 hari dekat nak raya ini gua dapat kesan, ramai juga kawan kawan yang mengeluh. Lapor mereka, baju raya sekarang ini mahal bukan main lagi. 4 5 ratus habis buat beli baju raya sahaja. Kalah harga jacket kulit, kalah harga sewa baju kahwin.

Gua macam...iya ke?

"Baju raya jenis macam mana yang mahai sangat tu?' Gua tanya balik

"Baju Melayulah John, takkan baju Kot berseluar Yankee pula" Dia cuba bagi punch line.

"Eh, gua usha dekat Mydin ade je baju melayu RM48.00...apa yang mahal sangat sampai ratus ratus?" Gua cuba hujahkan.

"Alah John, baju raya kot. Takkan nak pakai yang Mydin punya..kang selisih dengan bangla yang pakai baju sama. Malu siot!" Dia jawab balik.

"Bapak angkuh gila tolak baju melayu Mydin...Lu kalau miskin, buat cara miskin. Toksah nak membebel banyak. Baju itu mahal sebab lu tak mampu. Kalau lu kaya, baju patlima ribu pun lu takkan mengeluh......kata duit banyak. Apadahal" Ujar gua, tegas dan keras..........cuma, kali ini ia bergema di dalam hati sahaja. Kehkehkeh. Kesian pulak, kecik hati member karang.

Tapi itulah, yang nak ceritanya. Ini perangai samalah dengan jantan jantan yang dah kahwin. Gaji tak seberapa tapi hati keras juga nak pakai kereta mahal. Esok lusa bila rosak sikit, kumpul gaji 4 bulan baru boleh nak repair. Ha, samalah perangainya itu. Elok sangat.

Memanglah kita digalakkan untuk memakai pakaian yang indah indah, yang terbaik dan berwangi wangian pada 1 Syawal. Itu sunnah tu. Memang molek sangat kalau diraikan. Tapi tidak pula kata kena beli baju yang mahal. Berpada pada lah. Ukur baju badan sendiri. Duit takde,tapi nak yang mahal. Pastu nak mengeluh.

BERPADA PADA. IKUT KEMAMPUAN. JANGAN MEMBAZIR!

Tiada pun depa letak syarat, yang kata:

"...Baju Melayu untuk raya kena yang berharga seratus dan ke atas sahaja. Songkok pulak kena yang jenis jenis YB, tinggi 6 inch tidak boleh kurang. Sepasang kaca mata hitam jenis RayBan wayfarer adalah mandatori. Butang baju perlulah yang berkilat, berwarna terang dan saiz besaq besaq kuih tat gulung. Sampin pula kalau tak pakai yang songket original, tok sah dok angan angan nak masuk dalam line masa bersalaman dengan aku di pagi hari raya. Kalau kantoi dengan aku yang pakai sampin ada getah, aku bakar terus!.."....(Hiperbola)

Tidak kan? So, jejantan semua kena rilek. Toksah buat kalut macam perangai perempuan. Depa itu lain, nak pergi kedai beli bawang pun nak cantik cantik. Inikan pula time raya. Kita jantan jantan kena cool, kena selamba. Tapi selamba di sini tidak bermaksud pergi sembahyang raya main pakai pelikat pants sama t-shirt Metallica atau Gun & Roses pulak brader. Itu bukan selamba, itu bongok.

Gua pernah juga tanya tanya, yang lu orang tiap tiap tahun beli baju melayu baru untuk raya ni. Tak rasa rugi ke? Pakai bukan selalu pun. Tahun depan nak beli lagi. Apa beza baju melayu raya itu dengan baju melayu yang korang beli untuk pakai masa pergi solat Jumaat, kenduri kahwin atau ziarah kematian?

Depa kata. Huuissh, laaaiiin (sampai herot mulut). Baju yang untuk raya ini materialnya baguuus. Jahitannya kemas. Ringan. Bila pakai tidak gatal gatal, sejuk. Selesa!

Eh, ringan? Tidak gatal gatal? Sejuk? Selesa? Terus gua teringat baju Pagoda gua yang tergantung di rumah. Alah...yang ada kuning kuning sikit kat ketiak tu. Jantan jantan lain takkan takde kot. Sama dowh....ciri ciri dia.

Gua ini mungkin suara jantan yang pendapatan biasa biasa. Jantan jenis yang ada ada, jenis yang pendapatan 10k atau 20k mungkin lainlah pulak pendapat mereka. Besar kemungkinan mereka akan beli yang mahal. Tapi yang pendapatan ciput ni kalau nak beli yang mahal juga. Boleh, belilah. Tapi toksahlah mengeluh kata mahal pulak. Buat sakit hati gua je dengar. Puih.


Potong Tang Kona : Semalam member gua cakap ada satu butik ni jual Baju Melayu sepasang RM900.
Gua macam..................Wow! Pasti yang beli itu pendapatannya RM4 juta sebulan.

Tuesday, July 22, 2014

EPIGRAM : Buku Untuk Jantan

Jinak di bibir wanita muslim seksi tidak bertudung (hahaha) dan banyak juga tertulis di dinding dinding sekolah.

"....Don't judge a book by its cover..."

Kata mereka tegas. Tetapi, buku yang kali ini lain pula kata gua. Sebab buku yang kali ini gua memang beli sebab cover. Benar, memang sebab cover. Ok, gua belanja sikit.


Pertama, tajuk dekat cover memang umph. Kedua, gua memang minat design cover minimal dan 'terus sampai' yang macam gini. Ketiga, sebab pada covernya itu ada nama 2 makhluk Allah yang gua kenal. Pernahlah jumpa 2 3 kali dan berbual. Status mereka di FB memang berisi dan sinikal sekali. Memang sungguh kelakar. Yang seorang itu lagilah, tengok muka sahaja pun dah kelakar. Dasyatkan?

Ok, berbalik kepada cerita buku.

JUDUL : PILO TOQ
PENERBIT : Sindiket Sol-Jah
PENULIS/PENGARANG : Op Zaharin, Azzam Supardi sama Bahruddin Bekri. Ada 3 4 orang lagi abam abam Sindiket Sol-Jah yang menulis dalam buku ini. Gua tidak kenal mereka, tapi tidak bermakna gua tidak cinta. (Ha,nampak gua kaver baek punya)
TEBAL : 98 pages (termasuk cover)
DURASI : 2 Malam (sebab gua seorang yang sibuk)

Gua review buku ini sebab nak suruh semua jejantan yang dah kawen pakat mai baca. Tidak kesahlah yang baru baru ataupun yang dah lama. Lebih lebih lagi bagi yang dah start muak tengok muka pasangan. Sesuai sangat. Tapi ingat, walaupun gua cakap sesuai untuk orang dah kahwin. Tidak bermakna di dalamnya ada posisi Kamasutra ataupun cakar harimau. Tidak ada.

Buku ini mengisahkan tentang dialog harian antara suami dan isteri. Ya, itu sahaja. Bunyik macam biasa biasa ajakan? Tapi gua berani jamin. Tidak ada mana mana jantan yang akan sudahkan buku ini tanpa senyum sorang sorang dan angguk angguk kepala. Intai bini yang tidur kat sebelah. Sekejap rasa nak marah, sekejap rasa nak peluk. Kerana walaupun temanya itu cukup santai dan mudah, tetapi dengan garapan yang luar biasa, sweet sweet dan magis. Buku ini sebenarnya molek dijadikan rujukan nota penting kepada seorang suami. Ia cukup terkesan di hati.

Anda perlu memilikinya!!
Boleh cekidaut di FB mereka : sindiket SOL-JAH

By the way, huih homputiiihh~....gua follow mereka di FB baru baru ini sahaja. Bukan setakat menulis dan menerbitkan buku. Ada banyak lagi aktiviti seni yang depa buat. Gua syak mereka ini menjalankan modus operandi yang hampir sama dengan sindiket sindiket lain. Menyembunyikan identiti dengan muka suci dan innocent. Tetapi di sisi yang lain, mereka mempunyai pengaruh besar. Ada misi perang yang telah direncana kemas, independent dan cakna sekali. Santun macam student MRSM, otak macam lelaki Eropah berbahasa melayu.....dapat? Eh, ke tinggi sangat?

MAJU TERUS!


Potong Tang Kona : Boleh beli online. 3 buku ini, siap pos. Baru RM50, hapa lagi tunggu?


EPIGRAM : 15 Perkara

Gua kira 2014 ini memang besar betul dugaannya menjadi rakyat Malaysia, menjadi ummat Islam khususnya. Tuhan uji ummatnya sana sini. Kadang kadang macam tidak percaya, macam....ish, betul ke ni? Gua cuba pujukkan hati. Tapi relitinya memang tidak memihak kepada apa yang gua mahu, apa yang semua orang mahu. kenapa?

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
"...dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu..."    As-Syura:30

Itu jawapan dia. Sebab itu janji Allah.

Rentetan malapetaka dan ujian ini, semuanya bermula kerana manusia dah lupa. Kita dah jauh. Tuhan habaq awai dulu lagi. Kalau hang lupa Dia, hang kena. Tapi hang ketegaq. Bila tuhan test dengan yang ringan ringan. Hang buat endah tak endah. Masih lepak lepak dan masih sempat troll sana sini. Bila ada bencana sikit. Hang tunjuk sana hang tunjuk sini. Semua orang lain punya salah. Patutnya begini patutnya begitu. Tak buleh macam gini, tak buleh macam gitu. Tapi hang?

"Eh, aku ok..menten. Solat Jumaat 4 kali sebulan. Orang puasa aku pun puasa apa? Rokok pun dah kurang daah...Ni sekotak ni, 3 hari baru habih...oklah tu" Tangan elok dok jolok buah snuker.

"mesej mesej berunsur islami dalam wasep, semua aku forward. Aku share dengan kawan kawan. Yang #pray4gaza, #pray4palestin hapa semua tu toksah katalah. Hari hari aku buat. Supaya dapat aku wujudkan kesedaran. Supaya kita dapat bantu orang orang yang berperang kat sana itu.." Ujar En.Jefri Mariapan dengan tegas supaya kawan kawannya percaya.

*sigh*

Tidak cukup. Tidak cukup.

Ya, gua ini bukanlah lebai pun. Cuma nak raikan konsep berpesan pesan dengan kebenaran. Allah turunkan malapetaka kecil itu sebagai amaran. Nak ingatkan, supaya manusia ini tidak rakus sangat. Jangan dok kalut kejar dhonia. Ummat islam lain berjihad pakai angkat senjata. Luka berdarah dan terkoyak sana sini. Kita nak angkat selimut, untuk angkat takbir solat subuh pun punyalah payah. 

Allah s.w.t berfirman yang membawa maksud :
"...wahai kaumku, mintalah ampun dari tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa..."    Hud:52

Jadi toksah nak kata jihad untuk perbetulkan yang besar besar, kalau jihad perbetulkan diri sendiripun sangkut sangkut macam Youtube buffering (kalau pakai line Maxis macam gua) dah nak kata apa? Benar, tanggungjawab menyuarakan dan menegur kesalahan itu memang perlu. Tapi biar dengan hemat dan bijaksana. Tegur dengan niat membantu dan mendidik. Ini kalau mencarut mengalahkan orang kapir, dah macam mana nak tunjuk contoh dan teladan yang baik pada yang tak paham? Apa beza hangpa dengan mereka? Ce citer..

Bising saja dalam laman sosial pun tak jadi juga.

Daripada At Tarmidzi daripada Ali, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"...Apabila ummatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka. Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dasyat atau tanaman tidak menjadi..."

15 PERKARA itu adalah :

1. Apabila harta yang rampasan perang diagihkan kepada orang tertentu sahaja

2. Apabila wang zakat dikeluarkan keranan menebus kesalahan


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri


5. Apabila anak menderhakai ibu bapa


6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri


7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising


8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan di dalam masjid


9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri


10. Apabila memuliakan orang lain kerana takut ancaman yang akan diambil ke atasnya


11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis


12. Apabila ramai lelaki memakai sutera


13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki


14. Apabila wanita bermain alat muzik


15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang dahulu


Cuba check balik. Ada yang belum jadik lagi ka?........Dah, lepas ni toksah tanya pasai pa tuhan hantaq bencana. Toksah dok bising bisinglah di Facebook. Silap silap nampak kebodohan diri sendiri. Pi amik wudhuq, solat. Buat amal banyak banyak. Pakat betulkan diri kita sama sama. Tak lama dah kita ni. Tak lama dah.

Credit to : Mike Armstrong / Global News

Potong Tang Kona : Ini bukan marah orang lain. Ini gua marahkan diri sendiri ni....Ha? Hang pun terasa? Baguih, baguuuih...Nindiaaaah (cap baguih ataih muka)


EPIGRAM: Life Hacked 0.3

























Potong Tang Kona : Semoga semua jejantan mendapat kebaikkan darinya. Amiiinnn~

Monday, July 21, 2014

EPIGRAM : Tumbuk Telur Jantan

Bila diuji, gua mengeluh. Gua tanya pada tuhan, kenapalah gua diuji sebegini berat. Tidak sanggup betul rasanya masa itu. Berat kepala, berat bahu. Tapi bila time happy, duit banyak sikit. Mulalah lupa, loncat sana, loncat sini, sembang nak good good macam tidak akan susah dah. Padahal dosa dosa silam punyalah banyak ni. Puasa puasa yang tinggal zaman jahil dulu dulu pun belum habis ganti. Belum kira benda benda lain.

Semalam, usai solat Maghrib. Gua layan tivi seorangan di ruang tamu sambil kunyah popia mini. Siaran isu MH17, dalam hati gua ini dok kutuk kutuk maki maki Rusia sama Ukraine. Sekejap sekejap belek FB di HP, cari update Palestin. Kutuk kutuk maki maki Zionist. Istighfar dan mengucap dua tiga kali, geleng kepala sikit sikit. Selesai, layan tivi balik. Mulut sambung kunyah popia mini.

Tiba tiba bini gua jengah dari pintu bilik. Tanya..

"Dear, u kata nak khatamkan Quran dalam Ramadan ni. Hari hari biasa u sibuk, I baca sensorang. Ni hari minggu ni jomlah sama sama selesaikan"

Terus tutup pintu.

Tinggalkan gua sorang sorang. Statik dan rasa tercemar macam tahi kena hurung lalat. Muka rasa kebas macam baru kena libas dengan kain pelikat. Teringat balik status FB minggu lepas. Kononnya berkobar kobar nak join Briged Al Qassam. Nak selak helaian Quran pun tidak boleh, inikan pula nak pikul rocket dan mortar.

Popia mini yang berbaki gua tutup kemas dan simpan dalam ghobok. Dalam hati dok kutuk kutuk maki maki diri sendiri. Jalan lambat lambat menuju ke toilet. Ambil wudhuq, masuk bilik dan capai kopiah.

Gua tenung bini gua. Bacaannya terhenti, dia masih dalam telekung, masih dalam wudhuq. Quran pink nya di tangan dan Quran gua elok terletak di sebelah.

Mata gua berkaca.

"......Jom"




Potong Tang Kona : Untung juga kalau jantan pelupa macam gua ini dapat isteri bijak.


Thursday, July 17, 2014

EPIGRAM: Life Hacked 0.2
























Potong Tang Kona : Semoga semua jejantan mendapat kebaikkan darinya. Amiiinnn~