Gua tulis entri ini dengan penuh rasa kecewa.
Semasa tengok video itu gua berada di KLIA2. Dalam ramainya orang dan hingarnya, gua hilang sekejap. Betul punya hilang. Telinga gua hanya terkesan bunyi desingan yang panjang sahaja. Mata gua tidak teralih langsung dari screen HP. Jantung gua berdebar debar macam tidak percaya. For heaven’s sake! gua cuba denied di dalam hati yang perkara itu berlaku di dalam negara yang gua diam dan berdiri saat ini.
Adik Muhammad Firdaus Dullah.
Sumpah di atas nama Allah, jika kamu ada di hadapan ku sekarang. Pasti akan aku dakap dan cium kamu.
Allahurabbi.
Gua rasa ini salah satu lagi bukti, manusia akhir zaman sudah terpaling jauh dari garis asalnya. Jauh hingga tidak tercapai akal dan normal. Tipisnya nilai manusia dan hamba yang taat itu hingga boleh terjadinya perkara ini. Gua ini juga tidak sempurna dan tidak selalunya taat. Tetapi perkara ini sangat terkesan sehingga gua tidak sanggup pun untuk lihat video itu untuk kali kedua. I just cannot brain this!
Bini gua cakap ibunya itu dihentam teruk oleh media dan public tidak boleh terima alasan yang dia berikan
‘ Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’
..................................................(tengah tahan nak maki)
Jangan jadi bodoh dan tipu diri sendiri. Gua rasa si ibu itu jelas tidak yakin, Allah menghadirkan zuriat kepada dia bersama rezeki yang sudah ditulis. Si ibu tidak yakin Allah itu menjaga anak itu dan kau sendiri!
Susah dan sempit sangat ke? Sampai baju anak itu mereput di badan sedangkan kau bertudung 3 layer? Kemon la woi!
Allah jaga anak itu. Allah jumpakan. Allah atur.
Kalau lihat pada susuk dah wajah kudus itu. Logiknya gua rasa usia anak itu sudah tidak lama. Kalau dia tidak dijumpakan dalam masa itu. Mungkin anak itu sudah ‘tiada’. Tapi Allah hadirkan segerombolan manusia yang dapat bertindak terus. Kumpulan yang ada saluran dan cabang memulihkan terus anak itu, dengan izin Allah. Terselamat si anak dan terbuka pekung si ibu. Tidak boleh lupa suara istighfar penguatkuasa dalam video itu. Mengucap panjang.
Allahurabbi.
Adik Muhammad Firdaus Dullah.
Sumpah di atas nama Allah, jika kamu ada di hadapan ku sekarang. Pasti akan aku dakap dan cium kamu.
Perkara seperti ini kadang kadang gua tidak faham langsung. Kenapa? Bagaimana? Di mana silapnya? Kenapa macam gitu sekali manusia sekarang. Gua dah habis kata kata nak marah. Bengis pun hilang terus. Gua jarang jarang begini.
Biar orang hentam si ibu. Tetapi gua doakan moga ini menjadi pengajaran untuk dia dan semua. Biar dia tahu Allah itu adil. Allah itu sangat luas pengetahuannya. Kita kena yakin. Baru khasiatnya itu berkesan dan membugar. Gua rasa, untuk beri makan, sepasang pakaian baru dan ruang tinggal yang bersih itu lebih murah nilai dia dari harga HP yang si ibu buat ber selfie. Kalau kesempitan hidup, buat cara sempit, bersederhana sudahlah. Lagipula, berapa banyak saluran yang ada kat Malaysia ni kalau nak minta bantuan. Kau ada akaun Facebook, takkan tidak tahu? Upload gambar kau tahu pula..! Sepatutnya masa wartawan tanya itu si ibu kena jawab..
‘ Mereka tidak tahu kesempitan otak saya’
Barulah orang tidak pertikai, semua akan angguk setuju dan beredar.
Gua jadikan ini sebagai pedoman. Sebagai garis sempadan untuk gua susur jalan dan ujian masa depan. Benda macam gini sukar kita nak terjemah untuk orang lain. Gua kira nilai itu perlu dipupuk dari kecil. Ajarkan anak kecilmu tentang kemanusiaan dan tanggungjawab. Tentang penerimaan takdir dan redha. Tentang betapa besar magis dan kuasa Allah. Hanya perlu yakin sahaja. Yakin. Barulah bila dewasa dan diuji, pedomannya itu jalan lurus dan tidak bersipi sipi lagi. Sebab dihujungnya itu nanti ada cahaya. Yakin, ini kerja Allah. Kamu kena Yakin!
Potong Tang Kona : Gua tidak sanggup nak upload gambar anak itu yang satu lagi itu. Biarlah gambar ini yang sahaja yang mengingatkan gua tentang dia. Hensem budaknya.
Aku doakan bahagia untukmu..

No comments:
Post a Comment