Monday, July 7, 2014

EPIGRAM : 40 Alasan

Gua tidak percaya, tidak faham dan menyampah kepada :-

  1. Jantan yang tidak bekerja
  2. Jantan yang mengeluh tiada duit, tapi masih mampu beli rokok
  3. Jantan yang pakai HP beribu, bila kita nak pinjam buat urgent call dia cakap tiada kreadit
  4. Jantan yang parkir kereta macam shit.
  5. Jantan muslim, muka Jawa....rambut oren.
  6. Jantan yang rapat dengan member atau adik abang geng naga, rimau, merah, putih, cabang sana sini, tetapi tidak rapat dan bersatu dengan adik beradik sendiri.
  7. Jantan sihat yang tidak offer seat pada wanita atau warga tua semasa dalam train atau bus.
  8. Jantan yang pergi gym angkat besi, badan ketak ketak. Tapi tidak pernah tolong bini angkat baju di jemuran atau buangkan sampah.
  9. Jantan yang gaji rendah, tidak pandai cari wang lebih dan kuat pula berjoli. Tiba time mahu kahwin, pinjam bank RM30k. Dia ingat benda boleh settel.
  10. Mertua yang letak harga terlalu tinggi sehingga bakal menantu perlu berhutang untuk kahwin. Lebih malang, si anak kahwin sebulan dua dah bercerai balik sebab hutang kahwin itu juga. 
  11. Malang yang berpanjangan
  12. Drama yang bila tiba scene sedih, tidak semena-mena hujan pun turun.
  13. Pemandu kereta yang guna laluan kecemasan semasa jalan sesak
  14. Orang yang kata jantan tidak boleh galaskan handbag bini
  15. Wanita yang jual tudung tetapi dia tidak pakai tudung
  16. Orang yang upload gambar dalam FB sedang makan duit, tidur atas duit, cium duit, duduk atas duit macam hartawan. Hujung bulan call gua yang miskin ini untuk pinjam duit kononnya untung bulan itu masuk lambat sedikit. "Nanti dapat, aku bayar kau double!" Ujarnya lagi....ptuih!
  17. Iklan ubat yang boleh kurus tanpa bersenam 
  18. Model dan slogan iklan ubat jamu dalam akhbar Metro
  19. Orang yang anggap student sistem sekolah pondok tidak boleh survive dan berjaya di masa hadapan
  20. Tengah scroll status FB, ternampak orang upload gambar hitam dengan caption.
    "help....help me abang TNB, rumah i blackout!"
  21. Kebanyakan berita berita jam 8 dan realiti TV
  22. Janji janji pada bisnes yang membawa keuntungan sekelip mata. MLM contohnya.
  23. Produk produk yang iklannya menggunakan wanita seksi dan berpayu dara besar
  24. Kejayaan tanpa usaha yang gigih
  25. Pemandu kereta besar dan mewah yang tidak pandai guna lampu dan cermin sisi
  26. Pemandu kereta yang masuk simpang secara membabi buta punya babi.
  27. Wanita yang bersolek sehingga color tone muka, tengkuk dan tangan lari jauh gila.
  28. Budak baru nak up yang menaip Arlaa maRchem bUewrt lar koRunk korUnk neyw...BorLeyh tArk karLow taRk Seyburk hal aq. LOL xoxox!......eh, bermuram durja jadinya gua ini.
  29. Perempuan gemok yang mendedahkan selulit dan lemak kendur mereka dengan cara memakai skirt pendik dan berjalan baget hot macam Maya Karin.
  30. Boy Band yang menggelarkan diri mereka MAX 24.7...........aaarghhhh!!!!
    (hantuk kepala kat dinding)
  31. Mulut bodoh yang cakap ayat ini...atau yang seumpama dengannya..
    'eleh..pakai kopiah, pergi masjid, ingat baik sangat ke? Pakai tudung labuh, pakai jubah baget ustazah? Belum tentu baik...kadang kadang diorang lagi teruk tahu, ni..ni..yang penting hati kat dalam ni...luar orang tak pandang'
  32. Orang yang nak buat kebajikan tapi kena tunggu dia kaya raya dulu
  33. Bus atau lorry besar yang sengaja cucuk angin kereta kereta kecil di lane tengah
  34. Kedai makan yang servis lambat. Bila sampai, makanan pula rasa macam kemam selipar, failed!
  35. Iklan di kedai perabot atau carpet milik Pakistan. Luar tulis besar besar 'Mari! Mari! Promosi hebat! Diskaun 80%' tapi bila kita masuk dia cakap barang yang diskaun semua dah habis stok dan paksa kita beli benda lain.
  36. Perangai copy paste dan share membabi buta di dalam FB, konon concern padahal pendik akal
  37. Dalam media sosial, bila orang marah dia marah, kalau orang bantah dia bantah, kalau orang maki dia pun ikot sama nak maki. Bila minta hujah, terkulat kulat macam orang bodoh. Paling kuat pun jawab pakai copy paste wikipedia dan search Google.
  38. Perempuan yang berbelanja ribu ribu untuk beli tudung senteng
  39. Tertengok video Bobo dan sapa tah kawan dia seorang lagi itu di Youtube.
  40. Bila ada orang cuba cuba nak mempertikaikan kehenseman gua.
Sebenarnya banyak lagi. Tapi malas pulak rasanya nak listkan semua. nanti orang menyampah pulak. Kata gua ini nak good good aje. Yang pasti apa yang gua sampaikan ini adalah kejujuran dari hati tulus dan suci. Ia makmur gua untuk menyedarkan rakyat dunia dan Malaysia khasnya supaya tidak belangko, bersarang dan dipenuhi roh roh toyol sahaja otak mereka itu. Alah...macam gua tak tahu, lu orang pun menyampah juga, cuma tak berani suarakan. Takpa....gua ambil risiko itu, gua jadi wakil.

Potong Tang Kona : Kita ini tertib jaga mata, telinga dan mulut seawal bangun pagi di bulan puasa. Tiba time nak berbuka berhajat pergi bazaar, nak upah diri sendiri sembungkus nasi ambeng bagi  kejayaan menamatkan hari yang penuh cabaran. Bila sampai bazaar, thodiaaaaaaaa!


No comments:

Post a Comment