Gua nak tanya jantan yang ada di sini. Sapa dalam akaun
media shosyel dia yang capai lebih dari 500 followers atau friends? Siapa siapa?
Ce tengok muka siket.
Hahahaha!!
Gua yakin, kebayakannya mesti capai dan lebih dari itu pun
ada. Alah, apa sangatlah setakat 500 tu. Yedak? TETAPI…..siapa yang dekat sini
kenal jiran tetangganya, rumah kiri kanan…lebih dari 120 orang? Siapa? Siapa?
Haaa, jadi hari ini gua nak marah diri sendiri dan mana mana
jantan yang memiliki isu yang sama. Pasal tabiat tidak ziarah dan tidak mengenal
jiran. Macam gua yang duduk kat Selangor ini, dari zaman belajar sehinggalah
sekarang. Gua menten mendiami rumah flat dengan jayanya. Tidak pernah sekalipun
gua mampu sewa rumah atas tanah. Dari zaman bujang sampai sekarang, balik rumah
kena panjat tangga. Nampak, bapak miskin…hahahaha…Ok, bukan nak cerita pasal
itu sebenarnya. Kita sambung pasal jiran.
Gua zaman belajar & bujang dulu. Di rumah flat yang
pertama!
Zaman ini memang jarang sangatlah ada kat rumah. Sebab lepas
habis kuliah gua terus masuk kerja (part time kilang). Bila bulan purnama dah
nak abis shif, matahari pulak nak punch card…barulah gua balik rumah. Buat assignment, tidur jap dan pukul 9 pagi
bangun balik untuk bersiap pergi kuliah semula. Begitulah biasanya kelansungan
hari normal gua sampai mampoooss….eh, sampai mendapat segulung ijazah. Jadi nak ceritanya, waktu untuk gua melepak
lepak di kawasan rumah itu memang singkat sekali dan hampir tiada. Hingga gua
tak sempat nak bergaul dengan masyarakat di situ (Nampak dia punya alasan).
Yang gua kenal betul cuma tuan rumah sahaja, pasal hujung bulan
gua kena pergi rumah dia (tingkat 3, gua duduk tingkat 2) untuk bayar sewa.
Sembang dua tiga patah, anguk geling, gelak buat buat sikit, hulur duit,
salam…blah. Kita berjumpa hujung bulan depan pula. Seingat gua, paling ramai
yang gua sempat sembang pun zaman itu masa depa gotong royong nak cat ruang
parking motor. Ramai ramai pun tak sampai 10 orang jugak. Padahal yang dok flat
tu gua rasa lebih 50 family. Gua join sekali, itupun pasal tak sengaja. Baru
balik kerja half day, parking aje motor. Brader sebelah terus hulur berus cat
sambil cakap “Apalagi orang muda?uruskan”. Gua capai berus dan terus buat buat rajin. Hahahaha
Selepas itu, zaman bekerja & bujang. Di rumah flat ke
dua!
Zaman ini pun lebih kurang juga. Sebab masa itu dok gila
kumpul duit sebab kemaruk nak kawen. Pergi kerja tengok bulan, balik kerja pun
tengok bulan. Memang robot gilalah. Cuma zaman ini gua duduk tingkat 4, Jadi
nak dapat sampai dekat pintu rumah itu sempatlah berselisih dengan patlima
orang jiran yang dok lepak dekat birai koridor tu. Bersembang dengan muka
letih, pastu buat buat kalut. Tengok ada ruang aje…tak kasi can,terus….”oklah
bang, saya naik dulu. Baru balik kerja ni. Jap lagi nak keluar jumpa member
pulak” ……Nindiaaaa punya lipat (tunjuk tanda bagus). Tapi kadang kadang diorang lagi nampak kalut
dari kita. Haa…nak lari jugaklah tuuu. Hahahaah.
Masa duduk rumah flat kedua ini, gua ada rapat jugalah
dengan dua tiga orang jiran. Sebab rumah yang kali ini pintu dia jenis mengadap
depan depan. Maknanya kalau gua buka pintu rumah tu, gua boleh nampak lagi 3
pintu rumah jiran. So tengah tengah tu macam ada space besar jugalah. Kadang
kadang kalau gua balik dari kerja akan selisih dengan anak anak jiran pintu
depan dok main bola. Dan gua rajin jugaklah ajak budak budak itu masuk rumah,
tengok bola, ajar main guitar, tengok gua buat card trick. Alah…nak kelentong
budak budak…bukan susah pon, Hahahaha..Tapi 2 tahun lepas itu 2 family pintu
depan rumah tu pindah. Dan penyewa baru adalah geng geng Pakistan. Jadi gua
start buat hal sendiri dan tak layan langsung mereka itu. Tamated.
Gua zaman bekerja & kahwin. Rumah Flat ke tiga!
Gua rasa zaman dah kawen ini memang banyak mencuci sikap
sikap bedebah yang sudah lama gua amalkan itu. Salah satu dia adalah dalam isu
kejiranan inilah. Sebab Gua paksa juga diri bergaul dengan jiran jiran.
Alhamdulillah jiran jiran dekat rumah flat yang gua diam sekarang memang bagus
bagus. Sebab kebanyakannya umur dah Mid 40 dan dah duduk flat tu 10 tahun dan
lebih. Ramai juga yang dah pencen. So banyak aktiviti aktiviti berkumpulan yang
depa buat, Baca tahlil dan yasin, Gotong royong, Kenduri, BBQ dan bermacam
lagi. Kalau depa nampak gua balik rumah dan tak turun turun. Rilek aje panggil
pakai laung dari bawah. Menggelabah puyuh jadinya kita ini. Terus turun. Memang
havoc gila punya. Hahahaha…
Walid gua dulu salu pesan, amalan ziarah ni kena selalu.
Jiran, kawan, dan lebih penting sedara mara. Walid gua kalau tahu gua
bertandang rumah saudara tak bawak buah tangan. Dia punya khutbah boleh bengkak
telinga wooo…Kadang kadang beliau call gua dari kampung malam malam, untuk
cakap “esok pergilah ziarah sekian sekian dekat sekian sekian…dan cakap kat dia
walid kirim salam”. Ini betul ni, gua
tak main main. Ini tabiat yang gua memang respek pasal walid gua ini dan gua akan cuba amalkan sampai bila bila…
Yelah, kadang kadang kita dok sebok dengan kerja dan hal
dunia ni sampai jiran sebelah kiri kanan pun tak kenal, bersembang pun tidak
apatah lagi nak bertandang ke rumah, yedak? Tau tau dah kawen,tau tau dah kena tangkap khalwat, tau tau dah pindah, tau tau dah
meninggal. Lebih teruk lagi rupanya jiran sebelah rumah itu saudara jugak. Dah
duduk bertahun tahun baru tahu. Hapa punya perangai.... ...kot rumah tiba tiba terbakar, sempat ke nak upload status kat FB mintak tolong kawan kawan. Ada friends 20 juta pun tak guna juga.
Hoi!!! Apa punya panjang gua bebel ni???? Hahahaha!
Potong Tang Kona : Kalau dah kena bencana baru nak jerit
mintak tolong kat jiran. Yang jiran pulak bantai tanya bini depa ‘Eh, semalam
abang dengar ada orang minta tolong kat rumah sebelah, ada orang menyewa ke kat
rumah tu? Mati mati ingatkan rumah kosong’
Nindiaaaaaaaaa (tanda bagus untuk semua!)

Jiran sebelah yg warga asing yg khabarnye memakan otak kucing 2 sempat kenal x?? Ke da tukar jiran?? Huhu..
ReplyDeleteSebab kita kenal la kita tahu dia makan otak kucing.
ReplyDelete