TAHNIAH JDT kerana Berjaya menewaskan Sarawak 1-0!
Gua tidaklah follow sangat Liga Super 2014 ini. Cuma melihat
kepada line up JDT yang baru itu, gua rasa memang kena menanglah. Kalau tidak
menang malu juga.
Selangor, cuba lagi!
Gua ini tidak seperti kebanyakakan jantan lain. Yang sangat
fanatik pada permainan bola sepak ini. Sebab gua memang dari kecik main congkak sama
tudung botol sahaja. Kaki gua memang mulus dan mudah cedera kalau main benda
benda kasar. Jadi bila musim bola, hanya perlawanan tertentu sahaja yang gua
tonton. Itupun kalau balik kerja awal. Sewaktu menonton itu pula tidaklah gua
pegun macam bini gua. Bersorak sorak juglah walaupun layan sensorang dekat
rumah.
Ok, bukan nak cerita sangat pasal Liga Super dan permainan
bola sebenarnya. Tapi nak cerita pasal Lanun Johor punya produk. Jujurnya salah satu sebab gua
minat dekat produk lanun ini adalah kerana nama label itu sendiri yang gua kira agak Bad Ass! hahahaha
LANUN JOHOR ( LJ )
Selain motif motif perlanunan yang digunakan dalam design
design mereka, gua rasa LJ yang
menakhodakan bahtera peminat JDT ini telah berjaya menghasilkan produk produk
bagus dan berkualiti. Gua dengar produk mereka ini laku keras di pasaran, macam
OAT Choco.
Gua tak dapat bayaran pun dari mereka, cuma kalau produk
yang bagus bagus itu gua rasa layak di hebahkan dan dikongsi kongsi. So, kepada
sesiapa yang mahu tahu lebih lanjut dan
dalam mengenai Lanun Johor ini. Silalah tekan poster eklan disebalah kanan
sana. Link itu akan membawa anda kepada page Facebook rasmi mereka. Maju terus Lanun Lanun
Sekalian!! Tamated.
Kat bawah sana ada beberapa keping gambar yang gua cilok dari FB mereka. Henjoy!
Kat bawah sana ada beberapa keping gambar yang gua cilok dari FB mereka. Henjoy!
Potong Tang Kona : Gua pegang kepada satu pendapat, jika
barang atau produk itu ada ciplak dan tiruan. Sudah pasti produk aslinya itu
sangat bagus dan senang dijual.








No comments:
Post a Comment