Potong Tang Kona : Tahun ini beraya di kampung bini gua. Kota Tinggi, Johor. Nasi impit, kuah lodeh, kuah kachiaang. JAWA! hahahah.
Saturday, July 26, 2014
Friday, July 25, 2014
EPIGRAM : Ramadhan Kali Ini Dapat Apa ?
Dah nak sampai hujung dah. Time macam gini, kalau ummi gua kejut sahur kecik kecik dulu dia akan cakap
"...bangun, bangun...kita dah start turun bukit ni..."
Waktu waktu macam gini juga, biasalah. Orang akan tanya :
- Baju raya tahun ini kaler apa?
- Dah pergi jalan TAR?
- Zakat dah bayar?
- Boss kau bagi duit raya berapa?
- Berapa pasang baju raya u tahun ini?
- Duit raya dah isi?
- Biskut raya dah beli?
- Raya balik mana?
- Langsir dah tukar?
- Ofis buka balik bila?
- Open house rumah u raya ke berapa?
- Kereta dah servis?
- Cuti raya berapa hari?
- Tudung beli online ko dah sampai?
banyak lagilah. Soalan soalan macam ini gua dapat juga tiap tiap kali hujung Ramadhan. Tapi semalam gua dapat soalan yang paling menggetarkan jiwa.
Ramadhan kali ini dapat apa?
Padu. Solid. Kemas. Deep. Tumbuk rusuk. Berpeluh.
Semoga amalan amalan baik kita sepanjang Ramadhan ini diangkat. Dicatitkan segalanya dalam buku amal. Paling penting adalah, tabiat, amalan, budi dan tingkah santun yang kita jaga setiap hari di dalam Ramadhan kali ini dapat dipanjangkan terus di masa masa hadapan.
Gua mengambil kesempatan ini. Untuk memohon maaf kalau mulut longkang ini telah mencederakan hati dan perasaan sesiapa. Terima kasih atas komen dan sokongan. Love u like a love song~ (pui! gay sangat..)
Potong Tang Kona : Salah satu mission tahun ini adalah pakai kopiah time keluar rumah sepanjang Ramadhan. InshaAllah, 2 3 hari lagi ini kalau tiada aral boleh kata mission accomplished lah. Sunnah kecil dulu. Yelah, kalau time keluar songkok kat kepala takkan la nak padankan dengan seluar pendik nampak lutut pula. Yedak?
Wednesday, July 23, 2014
EPIGRAM : Geng Baju Raya Mahal
3 4 hari dekat nak raya ini gua dapat kesan, ramai juga kawan kawan yang mengeluh. Lapor mereka, baju raya sekarang ini mahal bukan main lagi. 4 5 ratus habis buat beli baju raya sahaja. Kalah harga jacket kulit, kalah harga sewa baju kahwin.
Gua macam...iya ke?
"Baju raya jenis macam mana yang mahai sangat tu?' Gua tanya balik
"Baju Melayulah John, takkan baju Kot berseluar Yankee pula" Dia cuba bagi punch line.
"Eh, gua usha dekat Mydin ade je baju melayu RM48.00...apa yang mahal sangat sampai ratus ratus?" Gua cuba hujahkan.
"Alah John, baju raya kot. Takkan nak pakai yang Mydin punya..kang selisih dengan bangla yang pakai baju sama. Malu siot!" Dia jawab balik.
"Bapak angkuh gila tolak baju melayu Mydin...Lu kalau miskin, buat cara miskin. Toksah nak membebel banyak. Baju itu mahal sebab lu tak mampu. Kalau lu kaya, baju patlima ribu pun lu takkan mengeluh......kata duit banyak. Apadahal" Ujar gua, tegas dan keras..........cuma, kali ini ia bergema di dalam hati sahaja. Kehkehkeh. Kesian pulak, kecik hati member karang.
Tapi itulah, yang nak ceritanya. Ini perangai samalah dengan jantan jantan yang dah kahwin. Gaji tak seberapa tapi hati keras juga nak pakai kereta mahal. Esok lusa bila rosak sikit, kumpul gaji 4 bulan baru boleh nak repair. Ha, samalah perangainya itu. Elok sangat.
Memanglah kita digalakkan untuk memakai pakaian yang indah indah, yang terbaik dan berwangi wangian pada 1 Syawal. Itu sunnah tu. Memang molek sangat kalau diraikan. Tapi tidak pula kata kena beli baju yang mahal. Berpada pada lah. Ukur baju badan sendiri. Duit takde,tapi nak yang mahal. Pastu nak mengeluh.
BERPADA PADA. IKUT KEMAMPUAN. JANGAN MEMBAZIR!
Tiada pun depa letak syarat, yang kata:
"...Baju Melayu untuk raya kena yang berharga seratus dan ke atas sahaja. Songkok pulak kena yang jenis jenis YB, tinggi 6 inch tidak boleh kurang. Sepasang kaca mata hitam jenis RayBan wayfarer adalah mandatori. Butang baju perlulah yang berkilat, berwarna terang dan saiz besaq besaq kuih tat gulung. Sampin pula kalau tak pakai yang songket original, tok sah dok angan angan nak masuk dalam line masa bersalaman dengan aku di pagi hari raya. Kalau kantoi dengan aku yang pakai sampin ada getah, aku bakar terus!.."....(Hiperbola)
Tidak kan? So, jejantan semua kena rilek. Toksah buat kalut macam perangai perempuan. Depa itu lain, nak pergi kedai beli bawang pun nak cantik cantik. Inikan pula time raya. Kita jantan jantan kena cool, kena selamba. Tapi selamba di sini tidak bermaksud pergi sembahyang raya main pakai pelikat pants sama t-shirt Metallica atau Gun & Roses pulak brader. Itu bukan selamba, itu bongok.
Gua pernah juga tanya tanya, yang lu orang tiap tiap tahun beli baju melayu baru untuk raya ni. Tak rasa rugi ke? Pakai bukan selalu pun. Tahun depan nak beli lagi. Apa beza baju melayu raya itu dengan baju melayu yang korang beli untuk pakai masa pergi solat Jumaat, kenduri kahwin atau ziarah kematian?
Depa kata. Huuissh, laaaiiin (sampai herot mulut). Baju yang untuk raya ini materialnya baguuus. Jahitannya kemas. Ringan. Bila pakai tidak gatal gatal, sejuk. Selesa!
Eh, ringan? Tidak gatal gatal? Sejuk? Selesa? Terus gua teringat baju Pagoda gua yang tergantung di rumah. Alah...yang ada kuning kuning sikit kat ketiak tu. Jantan jantan lain takkan takde kot. Sama dowh....ciri ciri dia.
Gua ini mungkin suara jantan yang pendapatan biasa biasa. Jantan jenis yang ada ada, jenis yang pendapatan 10k atau 20k mungkin lainlah pulak pendapat mereka. Besar kemungkinan mereka akan beli yang mahal. Tapi yang pendapatan ciput ni kalau nak beli yang mahal juga. Boleh, belilah. Tapi toksahlah mengeluh kata mahal pulak. Buat sakit hati gua je dengar. Puih.
Potong Tang Kona : Semalam member gua cakap ada satu butik ni jual Baju Melayu sepasang RM900.
Gua macam..................Wow! Pasti yang beli itu pendapatannya RM4 juta sebulan.
Gua ini mungkin suara jantan yang pendapatan biasa biasa. Jantan jenis yang ada ada, jenis yang pendapatan 10k atau 20k mungkin lainlah pulak pendapat mereka. Besar kemungkinan mereka akan beli yang mahal. Tapi yang pendapatan ciput ni kalau nak beli yang mahal juga. Boleh, belilah. Tapi toksahlah mengeluh kata mahal pulak. Buat sakit hati gua je dengar. Puih.
Potong Tang Kona : Semalam member gua cakap ada satu butik ni jual Baju Melayu sepasang RM900.
Gua macam..................Wow! Pasti yang beli itu pendapatannya RM4 juta sebulan.
Tuesday, July 22, 2014
EPIGRAM : Buku Untuk Jantan
Jinak di bibir wanita muslim seksi tidak bertudung (hahaha) dan banyak juga tertulis di dinding dinding sekolah.
"....Don't judge a book by its cover..."
Kata mereka tegas. Tetapi, buku yang kali ini lain pula kata gua. Sebab buku yang kali ini gua memang beli sebab cover. Benar, memang sebab cover. Ok, gua belanja sikit.
Pertama, tajuk dekat cover memang umph. Kedua, gua memang minat design cover minimal dan 'terus sampai' yang macam gini. Ketiga, sebab pada covernya itu ada nama 2 makhluk Allah yang gua kenal. Pernahlah jumpa 2 3 kali dan berbual. Status mereka di FB memang berisi dan sinikal sekali. Memang sungguh kelakar. Yang seorang itu lagilah, tengok muka sahaja pun dah kelakar. Dasyatkan?
Ok, berbalik kepada cerita buku.
JUDUL : PILO TOQ
PENERBIT : Sindiket Sol-Jah
PENULIS/PENGARANG : Op Zaharin, Azzam Supardi sama Bahruddin Bekri. Ada 3 4 orang lagi abam abam Sindiket Sol-Jah yang menulis dalam buku ini. Gua tidak kenal mereka, tapi tidak bermakna gua tidak cinta. (Ha,nampak gua kaver baek punya)
TEBAL : 98 pages (termasuk cover)
DURASI : 2 Malam (sebab gua seorang yang sibuk)
Gua review buku ini sebab nak suruh semua jejantan yang dah kawen pakat mai baca. Tidak kesahlah yang baru baru ataupun yang dah lama. Lebih lebih lagi bagi yang dah start muak tengok muka pasangan. Sesuai sangat. Tapi ingat, walaupun gua cakap sesuai untuk orang dah kahwin. Tidak bermakna di dalamnya ada posisi Kamasutra ataupun cakar harimau. Tidak ada.
Buku ini mengisahkan tentang dialog harian antara suami dan isteri. Ya, itu sahaja. Bunyik macam biasa biasa ajakan? Tapi gua berani jamin. Tidak ada mana mana jantan yang akan sudahkan buku ini tanpa senyum sorang sorang dan angguk angguk kepala. Intai bini yang tidur kat sebelah. Sekejap rasa nak marah, sekejap rasa nak peluk. Kerana walaupun temanya itu cukup santai dan mudah, tetapi dengan garapan yang luar biasa, sweet sweet dan magis. Buku ini sebenarnya molek dijadikan rujukan nota penting kepada seorang suami. Ia cukup terkesan di hati.
Anda perlu memilikinya!!
Boleh cekidaut di FB mereka : sindiket SOL-JAH
By the way, huih homputiiihh~....gua follow mereka di FB baru baru ini sahaja. Bukan setakat menulis dan menerbitkan buku. Ada banyak lagi aktiviti seni yang depa buat. Gua syak mereka ini menjalankan modus operandi yang hampir sama dengan sindiket sindiket lain. Menyembunyikan identiti dengan muka suci dan innocent. Tetapi di sisi yang lain, mereka mempunyai pengaruh besar. Ada misi perang yang telah direncana kemas, independent dan cakna sekali. Santun macam student MRSM, otak macam lelaki Eropah berbahasa melayu.....dapat? Eh, ke tinggi sangat?
MAJU TERUS!
Potong Tang Kona : Boleh beli online. 3 buku ini, siap pos. Baru RM50, hapa lagi tunggu?
EPIGRAM : 15 Perkara
Gua kira 2014 ini memang besar betul dugaannya menjadi rakyat Malaysia, menjadi ummat Islam khususnya. Tuhan uji ummatnya sana sini. Kadang kadang macam tidak percaya, macam....ish, betul ke ni? Gua cuba pujukkan hati. Tapi relitinya memang tidak memihak kepada apa yang gua mahu, apa yang semua orang mahu. kenapa?
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
"...dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu..." As-Syura:30
Itu jawapan dia. Sebab itu janji Allah.
Rentetan malapetaka dan ujian ini, semuanya bermula kerana manusia dah lupa. Kita dah jauh. Tuhan habaq awai dulu lagi. Kalau hang lupa Dia, hang kena. Tapi hang ketegaq. Bila tuhan test dengan yang ringan ringan. Hang buat endah tak endah. Masih lepak lepak dan masih sempat troll sana sini. Bila ada bencana sikit. Hang tunjuk sana hang tunjuk sini. Semua orang lain punya salah. Patutnya begini patutnya begitu. Tak buleh macam gini, tak buleh macam gitu. Tapi hang?
"Eh, aku ok..menten. Solat Jumaat 4 kali sebulan. Orang puasa aku pun puasa apa? Rokok pun dah kurang daah...Ni sekotak ni, 3 hari baru habih...oklah tu" Tangan elok dok jolok buah snuker.
"mesej mesej berunsur islami dalam wasep, semua aku forward. Aku share dengan kawan kawan. Yang #pray4gaza, #pray4palestin hapa semua tu toksah katalah. Hari hari aku buat. Supaya dapat aku wujudkan kesedaran. Supaya kita dapat bantu orang orang yang berperang kat sana itu.." Ujar En.Jefri Mariapan dengan tegas supaya kawan kawannya percaya.
*sigh*
"mesej mesej berunsur islami dalam wasep, semua aku forward. Aku share dengan kawan kawan. Yang #pray4gaza, #pray4palestin hapa semua tu toksah katalah. Hari hari aku buat. Supaya dapat aku wujudkan kesedaran. Supaya kita dapat bantu orang orang yang berperang kat sana itu.." Ujar En.Jefri Mariapan dengan tegas supaya kawan kawannya percaya.
*sigh*
Tidak cukup. Tidak cukup.
Ya, gua ini bukanlah lebai pun. Cuma nak raikan konsep berpesan pesan dengan kebenaran. Allah turunkan malapetaka kecil itu sebagai amaran. Nak ingatkan, supaya manusia ini tidak rakus sangat. Jangan dok kalut kejar dhonia. Ummat islam lain berjihad pakai angkat senjata. Luka berdarah dan terkoyak sana sini. Kita nak angkat selimut, untuk angkat takbir solat subuh pun punyalah payah.
Allah s.w.t berfirman yang membawa maksud :
"...wahai kaumku, mintalah ampun dari tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa..." Hud:52
Jadi toksah nak kata jihad untuk perbetulkan yang besar besar, kalau jihad perbetulkan diri sendiripun sangkut sangkut macam Youtube buffering (kalau pakai line Maxis macam gua) dah nak kata apa? Benar, tanggungjawab menyuarakan dan menegur kesalahan itu memang perlu. Tapi biar dengan hemat dan bijaksana. Tegur dengan niat membantu dan mendidik. Ini kalau mencarut mengalahkan orang kapir, dah macam mana nak tunjuk contoh dan teladan yang baik pada yang tak paham? Apa beza hangpa dengan mereka? Ce citer..
Bising saja dalam laman sosial pun tak jadi juga.
Daripada At Tarmidzi daripada Ali, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"...Apabila ummatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka. Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dasyat atau tanaman tidak menjadi..."
15 PERKARA itu adalah :
1. Apabila harta yang rampasan perang diagihkan kepada orang tertentu sahaja
2. Apabila wang zakat dikeluarkan keranan menebus kesalahan
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri
5. Apabila anak menderhakai ibu bapa
6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri
7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising
8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan di dalam masjid
9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri
10. Apabila memuliakan orang lain kerana takut ancaman yang akan diambil ke atasnya
11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis
12. Apabila ramai lelaki memakai sutera
13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki
14. Apabila wanita bermain alat muzik
15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang dahulu
Cuba check balik. Ada yang belum jadik lagi ka?........Dah, lepas ni toksah tanya pasai pa tuhan hantaq bencana. Toksah dok bising bisinglah di Facebook. Silap silap nampak kebodohan diri sendiri. Pi amik wudhuq, solat. Buat amal banyak banyak. Pakat betulkan diri kita sama sama. Tak lama dah kita ni. Tak lama dah.
![]() |
| Credit to : Mike Armstrong / Global News |
Potong Tang Kona : Ini bukan marah orang lain. Ini gua marahkan diri sendiri ni....Ha? Hang pun terasa? Baguih, baguuuih...Nindiaaaah (cap baguih ataih muka)
Monday, July 21, 2014
EPIGRAM : Tumbuk Telur Jantan
Bila diuji, gua mengeluh. Gua tanya pada tuhan, kenapalah gua diuji sebegini berat. Tidak sanggup betul rasanya masa itu. Berat kepala, berat bahu. Tapi bila time happy, duit banyak sikit. Mulalah lupa, loncat sana, loncat sini, sembang nak good good macam tidak akan susah dah. Padahal dosa dosa silam punyalah banyak ni. Puasa puasa yang tinggal zaman jahil dulu dulu pun belum habis ganti. Belum kira benda benda lain.
Semalam, usai solat Maghrib. Gua layan tivi seorangan di ruang tamu sambil kunyah popia mini. Siaran isu MH17, dalam hati gua ini dok kutuk kutuk maki maki Rusia sama Ukraine. Sekejap sekejap belek FB di HP, cari update Palestin. Kutuk kutuk maki maki Zionist. Istighfar dan mengucap dua tiga kali, geleng kepala sikit sikit. Selesai, layan tivi balik. Mulut sambung kunyah popia mini.
Tiba tiba bini gua jengah dari pintu bilik. Tanya..
"Dear, u kata nak khatamkan Quran dalam Ramadan ni. Hari hari biasa u sibuk, I baca sensorang. Ni hari minggu ni jomlah sama sama selesaikan"
Terus tutup pintu.
Tinggalkan gua sorang sorang. Statik dan rasa tercemar macam tahi kena hurung lalat. Muka rasa kebas macam baru kena libas dengan kain pelikat. Teringat balik status FB minggu lepas. Kononnya berkobar kobar nak join Briged Al Qassam. Nak selak helaian Quran pun tidak boleh, inikan pula nak pikul rocket dan mortar.
Popia mini yang berbaki gua tutup kemas dan simpan dalam ghobok. Dalam hati dok kutuk kutuk maki maki diri sendiri. Jalan lambat lambat menuju ke toilet. Ambil wudhuq, masuk bilik dan capai kopiah.
Gua tenung bini gua. Bacaannya terhenti, dia masih dalam telekung, masih dalam wudhuq. Quran pink nya di tangan dan Quran gua elok terletak di sebelah.
Mata gua berkaca.
"......Jom"
Potong Tang Kona : Untung juga kalau jantan pelupa macam gua ini dapat isteri bijak.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)





























