Tuesday, July 22, 2014

EPIGRAM : 15 Perkara

Gua kira 2014 ini memang besar betul dugaannya menjadi rakyat Malaysia, menjadi ummat Islam khususnya. Tuhan uji ummatnya sana sini. Kadang kadang macam tidak percaya, macam....ish, betul ke ni? Gua cuba pujukkan hati. Tapi relitinya memang tidak memihak kepada apa yang gua mahu, apa yang semua orang mahu. kenapa?

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
"...dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu..."    As-Syura:30

Itu jawapan dia. Sebab itu janji Allah.

Rentetan malapetaka dan ujian ini, semuanya bermula kerana manusia dah lupa. Kita dah jauh. Tuhan habaq awai dulu lagi. Kalau hang lupa Dia, hang kena. Tapi hang ketegaq. Bila tuhan test dengan yang ringan ringan. Hang buat endah tak endah. Masih lepak lepak dan masih sempat troll sana sini. Bila ada bencana sikit. Hang tunjuk sana hang tunjuk sini. Semua orang lain punya salah. Patutnya begini patutnya begitu. Tak buleh macam gini, tak buleh macam gitu. Tapi hang?

"Eh, aku ok..menten. Solat Jumaat 4 kali sebulan. Orang puasa aku pun puasa apa? Rokok pun dah kurang daah...Ni sekotak ni, 3 hari baru habih...oklah tu" Tangan elok dok jolok buah snuker.

"mesej mesej berunsur islami dalam wasep, semua aku forward. Aku share dengan kawan kawan. Yang #pray4gaza, #pray4palestin hapa semua tu toksah katalah. Hari hari aku buat. Supaya dapat aku wujudkan kesedaran. Supaya kita dapat bantu orang orang yang berperang kat sana itu.." Ujar En.Jefri Mariapan dengan tegas supaya kawan kawannya percaya.

*sigh*

Tidak cukup. Tidak cukup.

Ya, gua ini bukanlah lebai pun. Cuma nak raikan konsep berpesan pesan dengan kebenaran. Allah turunkan malapetaka kecil itu sebagai amaran. Nak ingatkan, supaya manusia ini tidak rakus sangat. Jangan dok kalut kejar dhonia. Ummat islam lain berjihad pakai angkat senjata. Luka berdarah dan terkoyak sana sini. Kita nak angkat selimut, untuk angkat takbir solat subuh pun punyalah payah. 

Allah s.w.t berfirman yang membawa maksud :
"...wahai kaumku, mintalah ampun dari tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa..."    Hud:52

Jadi toksah nak kata jihad untuk perbetulkan yang besar besar, kalau jihad perbetulkan diri sendiripun sangkut sangkut macam Youtube buffering (kalau pakai line Maxis macam gua) dah nak kata apa? Benar, tanggungjawab menyuarakan dan menegur kesalahan itu memang perlu. Tapi biar dengan hemat dan bijaksana. Tegur dengan niat membantu dan mendidik. Ini kalau mencarut mengalahkan orang kapir, dah macam mana nak tunjuk contoh dan teladan yang baik pada yang tak paham? Apa beza hangpa dengan mereka? Ce citer..

Bising saja dalam laman sosial pun tak jadi juga.

Daripada At Tarmidzi daripada Ali, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"...Apabila ummatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka. Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dasyat atau tanaman tidak menjadi..."

15 PERKARA itu adalah :

1. Apabila harta yang rampasan perang diagihkan kepada orang tertentu sahaja

2. Apabila wang zakat dikeluarkan keranan menebus kesalahan


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri


5. Apabila anak menderhakai ibu bapa


6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri


7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising


8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan di dalam masjid


9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri


10. Apabila memuliakan orang lain kerana takut ancaman yang akan diambil ke atasnya


11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis


12. Apabila ramai lelaki memakai sutera


13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki


14. Apabila wanita bermain alat muzik


15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang dahulu


Cuba check balik. Ada yang belum jadik lagi ka?........Dah, lepas ni toksah tanya pasai pa tuhan hantaq bencana. Toksah dok bising bisinglah di Facebook. Silap silap nampak kebodohan diri sendiri. Pi amik wudhuq, solat. Buat amal banyak banyak. Pakat betulkan diri kita sama sama. Tak lama dah kita ni. Tak lama dah.

Credit to : Mike Armstrong / Global News

Potong Tang Kona : Ini bukan marah orang lain. Ini gua marahkan diri sendiri ni....Ha? Hang pun terasa? Baguih, baguuuih...Nindiaaaah (cap baguih ataih muka)


No comments:

Post a Comment