Lama benar rasanya tak menulis. Sibuk sangat hadiri open house dan majlis kahwin. Hahahaha. Anyway, rasanya belum terlambat untuk gua ucap Salam Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia.
57 tahun brader. Kalau Malaysia ini diamnya di dalam jasad seorang manusia. Atau adalah nama di atas sekeping IC. Ini gua nak cerita, kalau..
Ada kemungkinan, Malaysia sedang bertarung dengan kencing manis atau darah tinggi. Atau, mukanya berkerut kedut, pipinya labuh, perutnya buncit. Paling tidak, Malaysia sekarang sedang bertongkat atau berjalannya itu lambat lambat. Malaysia suka tengok Tivi, wresling, Akademi Fantasi dan Maharaja Lawak. Tak pernah mis. Tempoh hari, Malaysia datang audition Kilauan Emas, Tapi tak sempat naik stage. Malaysia di kejarkan ke hospital. Semput tunggu lama sangat nak sampai turn. Jadi Malaysia padamkan aje niat itu. Pakai layan dalam Tivi sajalah. Semenjak dah tua ini. Malaysia dah lama tidak ke kebun atau buat kerja kerja berat, tak larat. Petang petang, Malaysia akan lepak dengan teman seusia di kedai kopi, sembang lebat sambil tepuk tepuk meja. Itu salah, ini salah. Dia itu tak betul, dia ini tak betul. Patutnya begini, patutnya begitu. Eh, Malaysia tahulah. Sebab Malaysia kuat tengok Tivi. Malam sikit, lepas orang balik solat Isyak, Malaysia layan sabung ayam, di belakang kedai kopi itu juga. Malaysia tak taruk duit pun, tengok tengok sambil teman member saja.
Kalau Malaysia adalah bekas pekerja kerajaan, mungkin dia sedang duduk atas kerusi malas menghadap laman rumah sambil bermanja dengan cucu. Pagi pagi, Malaysia pakai baju koler masuk dalam, seluar slack. Kemas. Capai kunci kereta Exoranya, pergi kedai Mamak. Beli akhbar Utusan sambil layan teh tarik. Mulut..fuh..fuh..lepas asap rokok. Baru lepas pencen. Malam sikit nanti, Malaysia sarung jubah sama kupiah, naik motor pergi masjid. Malaysia sekarang orang kuat masjid dan ketua JKKKKK. Malaysia tak harap pun jawatan jawatan itu, tapi mungkin sebab Malaysia habis khidmat hari itu, grednya tinggi juga. Jadi orang pandang up sikitlah. Dalam almari Malaysia baju batik ada la dalam 40 jenis. Senang kalau nak jadi wakil ke majlis majlis rasmi. Kalau ada masa, Malaysia akan lepak minum dengan member dekat mana mana coffee house. Sembang politik sikit sikit. Kalau ada Malaysia dengar orang muda muda serong sikit arah kiri. Siap. Malaysia sekolahkan habis habis. Malaysia ajar budak budak itu pasal sejarah.
Lain pula Malaysia yang seorang lagi. Dia jaga kesihatannya. Kalau ke surau pun pakai berjalan kaki sahaja. Memang dari usia mudanya Malaysia ini tidak pernah bermalas malas. Kulitnya masih ketat, ototnya masih kuat. Perkara perkara tak molek memang jarang singgah pada badan. Walau dah tua, Tiada sakit sakit pinggang atau urat berbelit. Demam pun 2 tahun sekali. Kecuali dengan kuasa Allah lah. Tiada lebam tua di wajahnya selain dua lekuk di dahi. Pagi hari minggu, Malaysia ke kelas agama di masjid besar daerahnya. Kalau hari hari biasa, jika tidak berkebun, tidak ke toko buku atau bermain golf, Malaysia akan duduk duduk depan Tivi layan Discovery Channel dengan cucu. Sekejap sekejap setiausaha di ofis call, nak datang rumah bawa dokumen dan cek yang perlu di tandatangani. Malaysia jarang minum air sejuk, dia suka air suam atau barli panas. Petang sikit nanti, Malaysia kena hadir mesyuarat di salah sebuah sekolah tahfiz yang beliau taja. Katanya pengetua, ada 7 orang anak murid layak sambung belajar ke Mesir. Jadi Malaysia nak pi tengok mana beliau mampu bantu. Walaupun Malaysia ada banyak kereta besar, siap ada driver, Pak Mat namanya. Tapi Malaysia akan pergi mesyuarat nanti pakai kereta Myvi anak bongsu beliau. Pandu sendiri. Malaysia cuma minta Pak Mat pergi Mydin saja. Beli beras 5 kampit, minyal dan gula. Nak bawak sekali pergi sekolah tahfiz itu sekejap lagi.
Jadi lu orang mahu jadi Malaysia usia 57 yang mana?
Potong Tang Kona: Semenjak kes MH17 tempoh hari, tivi akan ada selingan bacaan Al Fatihah sebelum iklan. Kita yang biasa terselak kain pelekat depan tivi, nak garu punggung pun jadi serba salah. Terus duduk elok elok dan ikut bacaan. Molek sangat kalau diteruskan......Ok, yang itu ajelah nak puji, sekian.
Potong Tang Kona: Semenjak kes MH17 tempoh hari, tivi akan ada selingan bacaan Al Fatihah sebelum iklan. Kita yang biasa terselak kain pelekat depan tivi, nak garu punggung pun jadi serba salah. Terus duduk elok elok dan ikut bacaan. Molek sangat kalau diteruskan......Ok, yang itu ajelah nak puji, sekian.

No comments:
Post a Comment