Saturday, July 12, 2014

EPIGRAM : Nota Poket Untuk Seorang Teman

Gua ada ingat satu ayat ni, tapi lupa sapa yang quoted. Rasanya albert einstein kot.

"...Life is like riding a bicycle. To keep your balance, u have to keep moving..."

Ha, macam gitulah lebih kurang bunyi dia.

Gua jalan jalan tadi. Jumpa ini, gua baca dan gua suka. Gua share sebab gua rasa bagus. Dari laman AcidCow, gua bawakan ke sini. Semoga semua dapat khasiat yang baik baik sahaja.


 






























Potong Tang Kona : Sekejap suka, sekejap sedih. Sekejap susah, sekejap senang. Biasalah itu. Kehidupan ini memang begitukan. Tapi janganlah pula berhenti berusaha dan berdoa. Kerana Allah itukan punya magis yang besar dan tidak pula dapat di jangka jangka.

Friday, July 11, 2014

EPIGRAM : GAZA 1.0


BANTU MEREKA BANTU KITA.









Perjuangan yang kita saksikan ini bukan bermula minggu lepas. Bukan 5 tahun lepas dan bukan juga 10 tahun lepas. Perjuangan yang kita saksikan ini telah berlangsung lebih 60 tahun dulu. Cukup lama mereka bertahan untuk kita.

Gua cukup sayu bila lihat gambar dan video yang di muat naik dalam media. Yang perut terburai, yang badan berlubang, yang kena tembak, pecah kepala, kaki dan tangan hilang, yang hangus terbakar, yang hancur terus dalam gumpalan kecil. Lebih sayu lagi bila yang kita lihat itu adalah anak anak kecil. Banyak kita dapat jumpa di media. Gambar yang lama ada, yang baru pun ada.

Tetapi yang paling memberi kesan kepada gua adalah gambar yang ini.


...........Kenapa dia senyum?

Gua rephrase balik.....dalam keadaan dia yang begitu, kenapa dia senyum?

  • Aku tidak kisah dengan kecederaan kerana mempertahankan agama dan bangsaku. Dihujung derita itu aku nampak syurga Allah.
  • Aku lakukan ini kerana Allah, aku cedera, aku syahid kerana pertahankan bumi Palestin dan Al Aqsa untuk agamaku dan untuk kamu semua!
  •  Aku tahu doa kamu bersama aku, biarpun cuma di Facebook.
  •  .......ang ada makan McD sat tadi kan?

Potong Tang Kona : Besar sekali perngorbanan mereka di sana. Bila melihat kanak kanak ini cedera dan masih tersenyum. Gua berdoa pada tuhan, jika tidak syahid sekalipun. Gua mahu mati dalam keadaan berbakti.....bukan sebab kencing manis. InshaAllah.

Wednesday, July 9, 2014

EPIGRAM : LIfe Hacked 0.1

Benar, menjadi jantan kebanyakan dan suami tipikal memang cukup mudah. Tetapi mahu menjadi jantan sejati dan suami yang bijak pula rupanya sangat mencabar. Jika di pejabat, anda bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan, atau mungkin sebagai keorang manager bank. Mungkin juga seorang  bomoh, atau pelukis mural. Lebih untung jika anda seorang guru besar sekolah menengah atau cuma sekadar guru sandaran sahaja. Tidak kisah...tapi, bila di rumah! Anda adalah seorang plumber, bomba, polis, pest control, hakim, buruh kasar, majlis bandaran, wireman, pembuka botol ketat, tukang kebun, pengambil barang tempat tinggi, kaunter pertanyaan, tukang urut, chef, penasihat psychology, service aircond, menteri kesihatan, pekebun, pak guard dan sebagainya. Huih...susah wey.

Senang cerita, mahu menjadi jantan yang cemerlang gemilang terbilang. Kita semua kena serba sedia menempuh sebarang kemungkinan yang mendatang. Jantan semua perlu memiliki kemampuan fikir yang kreatif dan bijak seperti sang kanchiel!

Jadi sebagai President kepada PJSSB (Persatuan Jantan Sejati & Suami Bijak) yang baru sahaja melantik diri sediri sekejap tadi ni. Gua mau kongsi sama jantan jantan dan ahli persatuan semua tips dan kaedah bagi memudahkan pengurusan kehidupan PJSSB sekalian, walau di mana anda berada sekaligus mengangkat martabat dan peribadi seorang PJSSB ke aras yang lebih cemerlang dan mithali!
Semoga isteri bagi anda kawen dua.......(eh)?









































































Potong Tang Kona : Ini gambar gua cilok dari blog orang lain. Dua tiga hari ini malas betul rasanya nak menulis sendiri. Mungkin bengang sebab time siang hari tak boleh nak korek hidung sedap sedap. Time boleh korek, terlupa pula nak korek. Bila dah azan subuh, baru teringat..eh,sepatutnya nak korek hidung tadi. Macam.macam hal lah!