Friday, June 20, 2014

EPIGRAM : Jiran Rumah Flat

Gua nak tanya jantan yang ada di sini. Sapa dalam akaun media shosyel dia yang capai lebih dari 500 followers atau friends? Siapa siapa? Ce tengok muka siket.

Hahahaha!!

Gua yakin, kebayakannya mesti capai dan lebih dari itu pun ada. Alah, apa sangatlah setakat 500 tu. Yedak? TETAPI…..siapa yang dekat sini kenal jiran tetangganya, rumah kiri kanan…lebih dari 120 orang? Siapa? Siapa?

Haaa, jadi hari ini gua nak marah diri sendiri dan mana mana jantan yang memiliki isu yang sama. Pasal tabiat tidak ziarah dan tidak mengenal jiran. Macam gua yang duduk kat Selangor ini, dari zaman belajar sehinggalah sekarang. Gua menten mendiami rumah flat dengan jayanya. Tidak pernah sekalipun gua mampu sewa rumah atas tanah. Dari zaman bujang sampai sekarang, balik rumah kena panjat tangga. Nampak, bapak miskin…hahahaha…Ok, bukan nak cerita pasal itu sebenarnya. Kita sambung pasal jiran.

Gua zaman belajar & bujang dulu. Di rumah flat yang pertama!
Zaman ini memang jarang sangatlah ada kat rumah. Sebab lepas habis kuliah gua terus masuk kerja (part time kilang). Bila bulan purnama dah nak abis shif, matahari pulak nak punch card…barulah gua balik rumah.  Buat assignment, tidur jap dan pukul 9 pagi bangun balik untuk bersiap pergi kuliah semula. Begitulah biasanya kelansungan hari normal gua sampai mampoooss….eh, sampai mendapat segulung ijazah.  Jadi nak ceritanya, waktu untuk gua melepak lepak di kawasan rumah itu memang singkat sekali dan hampir tiada. Hingga gua tak sempat nak bergaul dengan masyarakat di situ (Nampak dia punya alasan).

Yang gua kenal betul cuma tuan rumah sahaja, pasal hujung bulan gua kena pergi rumah dia (tingkat 3, gua duduk tingkat 2) untuk bayar sewa. Sembang dua tiga patah, anguk geling, gelak buat buat sikit, hulur duit, salam…blah. Kita berjumpa hujung bulan depan pula. Seingat gua, paling ramai yang gua sempat sembang pun zaman itu masa depa gotong royong nak cat ruang parking motor. Ramai ramai pun tak sampai 10 orang jugak. Padahal yang dok flat tu gua rasa lebih 50 family. Gua join sekali, itupun pasal tak sengaja. Baru balik kerja half day, parking aje motor. Brader sebelah terus hulur berus cat sambil cakap “Apalagi orang muda?uruskan”.  Gua capai berus dan terus buat buat rajin. Hahahaha

Selepas itu, zaman bekerja & bujang. Di rumah flat ke dua!
Zaman ini pun lebih kurang juga. Sebab masa itu dok gila kumpul duit sebab kemaruk nak kawen. Pergi kerja tengok bulan, balik kerja pun tengok bulan. Memang robot gilalah. Cuma zaman ini gua duduk tingkat 4, Jadi nak dapat sampai dekat pintu rumah itu sempatlah berselisih dengan patlima orang jiran yang dok lepak dekat birai koridor tu. Bersembang dengan muka letih, pastu buat buat kalut. Tengok ada ruang aje…tak kasi can,terus….”oklah bang, saya naik dulu. Baru balik kerja ni. Jap lagi nak keluar jumpa member pulak” ……Nindiaaaa punya lipat (tunjuk tanda bagus).  Tapi kadang kadang diorang lagi nampak kalut dari kita. Haa…nak lari jugaklah tuuu. Hahahaah.

Masa duduk rumah flat kedua ini, gua ada rapat jugalah dengan dua tiga orang jiran. Sebab rumah yang kali ini pintu dia jenis mengadap depan depan. Maknanya kalau gua buka pintu rumah tu, gua boleh nampak lagi 3 pintu rumah jiran. So tengah tengah tu macam ada space besar jugalah. Kadang kadang kalau gua balik dari kerja akan selisih dengan anak anak jiran pintu depan dok main bola. Dan gua rajin jugaklah ajak budak budak itu masuk rumah, tengok bola, ajar main guitar, tengok gua buat card trick. Alah…nak kelentong budak budak…bukan susah pon, Hahahaha..Tapi 2 tahun lepas itu 2 family pintu depan rumah tu pindah. Dan penyewa baru adalah geng geng Pakistan. Jadi gua start buat hal sendiri dan tak layan langsung mereka itu. Tamated.

Gua zaman bekerja & kahwin. Rumah Flat ke tiga!
Gua rasa zaman dah kawen ini memang banyak mencuci sikap sikap bedebah yang sudah lama gua amalkan itu. Salah satu dia adalah dalam isu kejiranan inilah. Sebab Gua paksa juga diri bergaul dengan jiran jiran. Alhamdulillah jiran jiran dekat rumah flat yang gua diam sekarang memang bagus bagus. Sebab kebanyakannya umur dah Mid 40 dan dah duduk flat tu 10 tahun dan lebih. Ramai juga yang dah pencen. So banyak aktiviti aktiviti berkumpulan yang depa buat, Baca tahlil dan yasin, Gotong royong, Kenduri, BBQ dan bermacam lagi. Kalau depa nampak gua balik rumah dan tak turun turun. Rilek aje panggil pakai laung dari bawah. Menggelabah puyuh jadinya kita ini. Terus turun. Memang havoc gila punya. Hahahaha…

Walid gua dulu salu pesan, amalan ziarah ni kena selalu. Jiran, kawan, dan lebih penting sedara mara. Walid gua kalau tahu gua bertandang rumah saudara tak bawak buah tangan. Dia punya khutbah boleh bengkak telinga wooo…Kadang kadang beliau call gua dari kampung malam malam, untuk cakap “esok pergilah ziarah sekian sekian dekat sekian sekian…dan cakap kat dia walid kirim salam”.  Ini betul ni, gua tak main main. Ini tabiat yang gua memang respek pasal walid gua ini dan gua akan cuba amalkan sampai bila bila…

Yelah, kadang kadang kita dok sebok dengan kerja dan hal dunia ni sampai jiran sebelah kiri kanan pun tak kenal, bersembang pun tidak apatah lagi nak bertandang ke rumah, yedak? Tau tau dah kawen,tau tau dah kena tangkap khalwat, tau tau dah pindah, tau tau dah meninggal. Lebih teruk lagi rupanya jiran sebelah rumah itu saudara jugak. Dah duduk bertahun tahun baru tahu. Hapa punya perangai.......kot rumah tiba tiba terbakar, sempat ke nak upload status kat FB mintak tolong kawan kawan. Ada friends 20 juta pun tak guna juga.

Hoi!!! Apa punya panjang gua bebel ni???? Hahahaha!

Potong Tang Kona : Kalau dah kena bencana baru nak jerit mintak tolong kat jiran. Yang jiran pulak bantai tanya bini depa ‘Eh, semalam abang dengar ada orang minta tolong kat rumah sebelah, ada orang menyewa ke kat rumah tu? Mati mati ingatkan rumah kosong’
Nindiaaaaaaaaa (tanda bagus untuk semua!)



Thursday, June 19, 2014

EPIGRAM : Ramadhan Kembali Lagi

Hoi, dah nak puasa wei!

Mana mana jantan yang terkantoi pada Ramadhan yang lepas, lu orang tinggal beberapa purnama sahaja lagi untuk ganti. Jangan dok buat lupa sudahlah…malu kat orang nuh.

Gua rasa Ramadhan ini sajalah yang buat rakyat Malaysia jadi senonoh sikit, Kain telekung makin laku, kupiah songkok makin banyak terjual, sejadah dan kain pelikat yang sebelum ini tidak terusik dekat rak barang Mydin tu tiba tiba makin surut. Yang tak pakai tudung akan pakai tudung. Yang sebelumnya pakai baju sendat masuk bulan Ramadhan ni tiba tiba pakai baju kurung paling tidakpun jubah. Kira okla tu kan..sebab lepas Ramadhan, masuk Syawal paling kuat pun sampai habis minggu pertama, baju kurung, baju melayu, tudung sama songkok masing masing lipat simpan diam diam dalam ghobok. Bawa keluar balik kalau kalau ada nak ziarah kematian saja. Kalau tidak memang berabuk sajalah. Ramadhan akan datang kami beli baru. (bapak jahat mulut gua)….Tapi kes macam gini ada brader…ada, kalau tak ada, gua tak cerita. Takkaaan la gua nak buat cerita, ini muka punyalah syorga. Bukan jenis buat buat cerita punya worang tahu!

Setiap kali nak menyambut kedatangan Ramadhan ni, ada beberapa kenangan zaman kecik kecik dulu yang selalu menggamit perasaan gua. Zaman itu puasa ala kadar, puasa sahur jam 9 pagi berbuka pukul 4 petang dan puasa tegok air paip itu biasa… Depan Ummi, gua buatlah muka letih. Padahal baru bantai meggi goncang atas pokok dengan member taman. Yelah, budak budak lagikan...Gua rasa Ummi gua pun tahu agaknya gua dah lipat dia terang terang. Hahahah, Sorry Ummi!

Baideway, Ummi gua ini punya tektik yang gua kira agak bernas dan bijak sebenarnya sepanjang Ramadhan. Susah woo nak control anak lelaki 5 orang. Jadi sepanjang Ramadhan, time berbuka puasa selain kurma dan air buah dia akan masak menu biasa biasa saja. Mee goreng, Bihun goreng, Nasi goreng, Burger daging, Cucur udang sama kuah kacang (ini febret gua woi!hahaha)..mostly benda bergoreng dan simple saja. Sebab dia tau kami semua memang tengah kebuloq, hidanglah apa saja confirm selesai.

Berbeza untuk sahur. Mula mula Ummi akan bukak dulu pintu bilik kami, pastu baru beliau start masak. Bunyi kungkang kungkang sudip berlaga dengan kuali itu satu hal lah. Yang gua dan adik adik gua tak boleh nak kompromi adalah aroma tumisan dari dapur. Pelan pelan dia mai, syahdu bersama dingin pagi. Cantek mai hinggap dekat bucu hidung kami. Makan sahur memang ala buffet hotel bak ang. Penuh meja. Cengginihaaaa!! (tunjuk tanda bagus)

Seingat gua, trick ini tidak pernah gagal. Tak payah dikejut kejut, persis zombie kami adik beradik selak selimut, basuh muka, berkumpul kat meja. Kelopak mata toksah ceritalah, buka separuh saja macam torch light nak abih bateri. Tapi kalau dah  ayam goreng saja besar besar lengan atas meja makan. Apalah sangat rasa mengantuk itu…yedak? Sampai sekarang gua rasa Ummi gua punya trick itu memang brilliant gila. Hahahaha!!

Selain pasal berbuka dan sahur, benda yang gua paling ingat adalah pergi solat terawih bersama Walid gua. Memang dari kecik kami di usung ramai ramai pi terawih sama sama. Disebabkan masa itu kecik lagi, jadi hang nak terawih ka taknak terawih ka. Mesjid dan surau kena sampai dulu. Nak biasakan dulu dengan suasananya. Dah sampai tu, lu orang paham paham sajalah. Tok imam elok angkat takbir, gua dengan member gua selipar jepun dah selit kat tangan. Main kejar kejar.

Eeeeh, toksah nak buat muka syorga sangatlaaah. Lu orang pun sama aja…kan?kan?!

Tapi ini masa zaman kanak kanak gua lah. Bila dah besar panjang ini memang tak buat dahla perangai macam gitu. Sekarang ini memang dari awal sampai habis, kekal ajalah dalam saf. Sambut selawat dan takbir biar sepenuh jiwa. Biar berdengung satu masjid. Biar naik bulu bulu roma. Yang paling penting biar sampai teralih sila panggung orang orang kat rumah yang dok layan Buletin Utama tu. Biar depa malu sikit. Hapa punya perangai, orang elok ramai ramai pi terawih. Dia boleh lepak lepak kat rumah. Padahal duduk berjiran aja dengan masjid dan surau.

Kalau kata di bulan bulan biasa itu, pergi surau mesjid tak abih kira lima jari. Paksa dan latihlah diri join time time Ramadhan ini. Betul...kalau tidak dalam masa setahun itu, bila lagi? Solat Jumaat pun kantoi kantoi..malu dengan tuhan.

Jadi di kesempatan ini gua inigin mengucapkan. Selamat datang Ramadhan, hadirlah bersama khasiat dan kebaikannya. Semoga Ramadhan ini melatih gua dan lu orang untuk bersabar, taat dan bersyukur. Ehermmm…(Betulkan kopiah)

Potong Tang Kona : Ajar dan bertegaslah dengan anak kecil anda tentang solat terlebih dahulu. Bila tiang itu sudah kukuh dan padu, InshaAllah amalan berpuasa dan kebajikan yang lain itu akan datang dengan sendirinya. Tidak lebai pun gua ini, cuma mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca.




Wednesday, June 18, 2014

EPIGRAM : Malas dan Tak Tahu

Seorang jantan sejati yang bijak (tidak semestinya belajar tinggi) perlulah memiliki kerja tetap. Kerana bagi gua kerja ini boleh membentuk peribadi contoh selain mengajar arti bertangungjawab. Mana mana jantan yang tidak bekerja dan sedang membaca artikel ini, gua keji lu orang dalam hati. Ptuih!
(kecuali dengan alasan kukuh, gua maafkan...sebagai contoh mengalami lumpuh seluruh badan, then is ok)

Disebabkan gua mencapai akhil baligh secara mapan di yang usia lewat, jadi zaman bodoh gua dulu banyak dihabiskan dengan benda  ‘tah hapa hapa’ menyebabkan sekarang gua  tergolong dalam kumpulan yang perlu bekerja keras untuk menikmati pendapatan bulanan yang seimbang dengan hutang. Padanlah dengan muka gua. Sebagai contoh, Suruh pergi kelas tambahan, gua bantai ponteng pasang kereta Tamiya tepi parit. Bila besar sikit pergi high school, Subject addmath dan subject Chemistry  pakai 1 buku saja. Buku Subject Bahasa gabung dengan subjek sejarah, hantar homework……apa itu??
Nindiaa punya bangang!! (Buat tanda bagus, cap kat dahi)

Ok,….sambung cerita pasal kerja.

Jadi bila gua melangkah ke alam pekerjaan, kebetulan masa itu baru sahaja mengisafi diri. Jadi rasa takut sebab nak kena bersaing dengan kumpulan yang sama sama masuk alam kerja. Takut tidak sekufu. Tapi dengan izin Allah, gua telah berjumpa dengan seorang manusia yang memberi nasihat pada gua dan ianya berbunyi lebih kuang begini.

“ Kau muda lagi John, orang muda memang biasanya buat kerja bodoh. Tapi ingat, bila bekerja. Ini adalah tanggungjawab yang baru. Kau kata kau zaman sekolah dulu malas belajarkan? So sekarang kau balas la balik, zaman kerja ni ko jadi la rajin. Sebab dia dua saja John, dua saja dalam bekerja ni John, MALAS dengan TAK TAHU….kalau ada dua ni, memang hapah pun tak jadi. Samala dengan kehidupan. Tak tahu ni kita buleh ajar, boleh bentuk…tapi kalau malas…”

Dia tidak sudahkan ayat itu dan sengaja nak biar gua jawab sendiri.

Selepas mendengar ungkapan itu, gua terus sematkan ia dalam dada sekaligus menjadikannya senjata masuk ke medan perang dengan gaya yang angkuh sekali……tapi rajin! Aceyyhhh~

Gua cerita ni sebab bukan sebab apa. Gua ada juga kenal beberapa orang yang dah berbulu lebat satu badan tapi takde kerja dan gua pernah tanya salah seorang dari mereka.

“Pasai pa hang sampai la tak kerja kerja?”

“ Takde kerja la John, puas dah aku carik ”

Selamba sum sum dia jawab macam gitu? Lu orang tengok..lu orang tengok. Tak ke hangin satu badan? Nak aje gua jirus muka dia dengan tom yam campur (masa itu tengak lepak kedai makan) Biar dia mengelupor di tempat kejadian. Bangla, Pakistan, Myanmar, Nepalingey, Indon, masuk Malaysia macam semut, buat kerja. Dia yang terang terang muka jawa Malaysia itu cakap takde kerja? Hapakah jahanam sangat perangai dia ini? Ptuih!

Bagi gua, sebagai seorang jantan. Tidak jantan langsung seseorang itu kalau tak bekerja bila sudah mencapai usia yang layak. Siap ada yang dah kawen brader….dah kawen, anak ada dua. Tetap tak kerja. Makan duit bini, dia pulak syok dok korek ketuat sambil petik remote Astro, layan Kilauan Emas.

Brebang!! (Bunyik gua tumbuk dinding, dengan muka yang sangat bengis)

Satu lagi dialog yang gua bengang

“ Haish, aku dah hantar resume banyak kot, dekat bank, dekat Gomen, dekat bla..bla..bla…dekat syarikat sana, dekat syarikat sini…bla..bla….. tengah tunggu jawapan aje niha. Lagipun kalau aku kerja pam minyak ke, kerja 7e ke, fast food ke, kerja kerja biasa ni…kot tiba tiba diorang panggil jenuh la pulak aku nak buat surat benti kerja. So baik aku tunggu aje…”

“iye? Dah berapa lama lu tunggu bro?”

“ 4 bulan John…”

Kalau manusia ni ada depan lu orang, agak agak berlaku pertumpahan darah tak? Impian nak kecap gaji beribu, tapi otak macam burung unta! Hoi…pi minum Susu Enfagrow A+ la woi! Macam setan punya jawapan! Ptuih!

Potong Tang Kona : Kalau lu orang belajar tinggi. Berada dalam ruang yang mampu memilih kerjaya dan pekerjaan. Lu orang sangat untung tahu! Ramai orang yang tidak ada pilihan pun. Bekerja kerana terpaksa dan demi tanggungjawab. Aaaaaaiii, rasa macam nak bedub somebody.

Tuesday, June 17, 2014

EPIGRAM : RM10.50

Sesiapa yang kenal rapat dengan gua pastinya tahu yang gua ini jarang makan nasik. Kadang-kadang sehari pun makan sekali saja (Sarapan bini masakkan) lepas itu bila dah hadap kerja. Makan tolak tepi. Barulah robot gaya karl marx.

Tapi hari ini ntah hapa masuk dalam kepala, elok matahari tegak dekat saja perut tetiba bunyik minta di isi. tak toleh kiri kanan terus aja pegi kedai nak tapau makanan. Disebabkan jarang sangat pergi lunch, sampai kat kedai itu gua jadi buntu nak pilih lauk. Punyalah banyak...lama jugalah gua berdiri sambil pegang polistrin tu.

Dipendikkan cerita, akhirnya gua dapatlah juga penuhkan polistrin dan order air teh o es hikat tepi. Masa beratur dekat kaunter nak bayar itu, gua perati ada ramai juga yang mai tapau dekat kedai makan ini. Pastinya sedap dan murah. Hidung gua kembang kempis tahan bau perfume. Gila kau...dalam line beratur kaunter semua awek, gua sorang aje jantan...dah la gua jantan pemalu. Ha, amik kau...poyokan?peduli hapa gua.hahahaha!

Ok..ok..kita sambung....

Bila sampai aje turn nak bayar..

"makey godio bey?" tanya awek kaunter sambil tarik kalkulator.

---- Gua buka gua punya polistrin...

" Nasi putih, aye pedah so, teghong samba, hati pedal...air bey?

--- Gua angkat air bungkus gua...

" tey o bing so.." Pap..pap...pap...(bunyik dia tekan kalkulator tersebut)

" Spuloh riya stengoh blako bey " (RM10.50)

Gua macam.....hehh?? Gua toleh tengok awek yang beratur belakang. Dia sengeh sambil angguk angguk kepala. Cepat cepat gua gua keluarkan wallet dari poket, nasib tak jatuh teh o beng ikat tepi. Masa hulur duit awek kaunter tu tanya lagi gua..

"Ado samah? " ( ada RM0.50?)

Masa itu gua dah tak duduk alam nyata dah. Gua geleng aje. Dapat baki gua terus berambus. Masa berjalan kaki balik opis itu dalam kepala kalut dok congak, betul ke dia kira ni? tapi cara dia sebut items masa kira tadi macam betul aje maklumatnya. congak punya congak, sampai depan tangga opis pun gua tak dapat selesaikan, punyalah bengap math..hahaha.

Sampai je kat opis, basuh tangan, doa makan, gua terus terjah aje bungkus makanan itu, dan setiap suapan gua kira..

"lima posen....nyum,nyum,nyum...lima posen...nyum,nyum,nyum....lima posen...nyam,nyam,nyam....lima posen...nyum,nyum,nyum..." sampailah lima posen yang ke 13, nasi pun selesai parking dalam perut. wassalamu..

Masa dok sroot air teh o es itu, kepala gua masih dok pusing pusing lagi memikirkan harga nasi bungkus gua. Sama ada memang mahal, atau itu harga stendet tapi gua yang tak biasa ini yang rasa mahal, atau gua yang tak pandai pilih gabungan lauk murah. Pendik citer rasa macam kena pukau wooo brader..akhirnya gua persetankan aje dan sambung kerja. Pasal kerja tengah banyak. Dalam hati dah tekad, esok dan hari hari seterusnya baik gua kemam biskut kering kat opis saja kalau lapar sangat pun.

Potong Tang Kona : Gua rasa awek dalam barisan yang sengih dan anguk anguk dekat gua tu dalam hati dia mesti cakap "ha padanla muka kauu,pulun tapau macam kerja pilot....bayarlah cepat setaaann"










EPIGRAM : Tunggu Punya Tunggu

Hari ini gua nak bebel pasal salah satu ciri yang ada pada sewurang perempuan (apart from jumlah sebenar iaitu sepuluh juta ribu lapanblas ratus ciri ciri semuanya). Gua akan cerita secara cepat dan padat, sebab gua terlalu bengis dan banyak kerja sekarang ini. Ok...go!

Gua ada 5 orang adik lelaki dan yang bongsu (ke-6) itu adalah perempuan. So selain dari Ummi gua, adik perempuan dan bini gua adalah 2 orang perempuan yang gua kenal rapat dalam kehidupan seharian gua. Bezanya gua ini, pada satu ketika itu gua rasa shock nak mampus dengan cara perempuan melalui hari hari normal mereka. Sebab sebelum ini bila membesar dengan adik adik lelaki gua rasa semua macam…ok,..owh..mandi 5 minit? Ok, ok..tiada hal…Keluar rumah tak mandi?ok…ok…Eh,pakai baju semalam?ok..ok.biasa.

Tumbesaran adik perempuan gua itu tidak berlaku di depan mata gua sebab gua di kolej,jadi gua memang hapah tak amik peduli masa itu.Tapi bila gua dah amik alih tanggungjawab menjaga adik bongsu gua itu, dan gua sudah berkahwin….rasa dia memang lain brader…lain…sumpah

Ok,ok..dia cam gini tau..

Kita sembang pasal barang keperluan asas sajalah, yang lain tolak tepi dulu. Mula mula sabun. Sabun ya tuan tuan…sabun…..perempuan punya sabun saja ada dekat 10 jenis bak aaangg! Kepala lain, muka lain, badan lain, kaki lain, scrub lain, pemutih kulit lain, pemutih ketiak lain, yang buang jerawat lain, untuk kulit kering lain. Pastu yang ntuk kepala dia pecah jadi 2 pulak, buang kelimumur lain, conditioner lain.

Lepas mandi, bedak pulaaaak, badan lain, muka dah tentu lain lain. Belum campur lotion, 2 jenis. Lepas tenyeh, dia tenyeh lagi. Mana yang dekat tengkuk, dekat ketiak, dekat jari jemari, lengan, semua lengkap depa kaver.

Dulu sebelum kawen gua macam tidak paham sangat apa bedebah punya lama bersiap ini. Gua dah berpeloh dekat motor (masa itu belum berkereta) tunggu punya tunggu tak keluar keluar. Nak pi Jusco je pun, tengok wayang.

Sekarang pun setelah berkahwin ini, masih sama. Masih lambat, cuma skang gua tunggu pakai bersila dalam kereta, ada aircond. Sambil layan lagu dekat radio tiadalah terasa lama.

Rupanya inilah jawapan dia tuan tuan yang budiman dalam toilet saja nak habiskan tenyeh semua benda adalah dalam sejam, lepas mandi tambah lagi sejam. Pasal banyak sangat benda nak di pakai oleh orang orang perempuan ini.  (ini belum campur masa nak pilih baju, pilih seluar, pilih brooch, dan akhir sekali dikemaskan dengan lilitan tudung yang paling menawan dan rocket science punya complex)

Gua pernah berbalah dengan bini gua pasal isu ini. Biasanya jawapan dia akan berakhir dengan 2 dialog berikut.

Dialog 1
“ I buat semua ini untuk u, kang u malu pulak jalan dengan I “

Dialog 2
“ Perempuan memang semua macam gini. Memang semua siap lambat.Ooooo, kalau I tunggu u masa jumpa u punya member, lama lama I diam aje”

Jawapan gua untuk kedua dua dialog ini adalah

“ok, ok..fine, fineee…..” Muka Jepun



Gua rasa jantan jantan lain pun pasti lalui perkara yang sama..yedak? Tok imam, tok bilal, tok siak, tok guru silat, bonzer club, ayahanda cap tiga, ntah ntah uncle najib pun kena dengan cik rosmah. Jadi bila gua duduk diam diam dan piker piker balik. Memang ada betul jugalah apa bini gua cakap tu. Tapi………..*sigh*

Baidewey, rasa macam gay sangat mengadu pasal benda ini. Point sebenarnya gua memang tak suka nak tunggu tunggu ni...
Note untuk bini gua, dear...i bukan cerita pasal u ni.i cerita pasal orang lain..i wakil suara jejantan seluruh Malaysia. Bukan u, u oookkk..(buat tanda bagus)

Potong Tang Kona :  Gua mandi, sabun buku bebi jonsen tenyeh 1 badan. Spray ubat ketiak pakai baju seluar, done!....kalau rajin tepek bedak sikit dekat muka itu memang dah rasa maskulin nak mampus. Buat macam itu kalau nak pegi mejlis keraian dan yang ada red carpet saja. Hahahah!

* Bedak muka? Lotion Muka? Powder muka? Jantan? kemooon bradeeer, murni dan sucikan wajah anda dengan wudhu'...baru jantan!



Monday, June 16, 2014

EPIGRAM : RM14.50

Dua tiga malam yang lepas, gua dapat panggilan dari kawan gua. Dia ajak lepak
minum...Gua dgn dia lama jugak lah terpisah, semenjak gua buat kejer part time dekat
tempat baru semenjak itu jugalah kami tidak bertemu. So, macam biasalah, kedai
mamak menjadik port. Agak lama jugak la gua tunggu member gua tue, nescafe panas
gua pun dah naik beku. Tapi pasai gua dah kenal sangat perangai jebauk sekor ni....gua
tabahkan jugak la hati...Nak dijadikan citer,sampai jugak la mamat tue. Tersengih -
sengih ajelah beliau dari jauh sebijik macam kuda laut yang baru bangun dari
berhibernasi....

"alamak,sori la bro...lame ke lu tunggu?" kata beliau..

Gua malas nak jawab,gua jeling je kat 2 bijik gelas 0 kat atas meja patu gua buat muka
serius macam muka kominis masa zaman jepun dulu.Tersengih - sengih la beliau sambil
tarik kerusi untuk duduk. Masa dia duduk dan menghoder air,gua peratila muka member
gua tu. Nampak macam sangat tidak sehat. Mata macam tak cukup tidor...pipi
cengkung,cakap pun cam lalok je. Dulu mase last jumpa takde la terok camni ghoman
ey...Kira ade la gaya orang normal lagi,sekarang dah macam jerangkung dah. Dan
mamat nie pulak memangla ade sejarah tak berapa nak molek. Cume dulu dia kata dia
dah lama benti ngambik bende bende setan tu, so gua bersangka baik jelah..
Edukasyen nya pun ala ala kadar saja....tapi gua respek dia pasai dia ni sangat kuat
bekerja...asal bende tue menghasilkan duet,semua dia henjut..sambil menyalakan
sebatang rokok...gua pun mulakanlah perbualan...

" dah lama kiter tak jumpa yer,gua rasa ada dekat 2 taun kot..."

" Tulah, tak silap gua last kite lepak masa lu teman gua anta barang kat sentral dulu
kan...? So lu buat ape skang? bila lu nak abis belajar.?"

" gua macam nilah, still makan duet PTPTN, duet part time ngan duet freelance,tgh taun
depan baru gua btol btol abis blaja..."

" hmm...bagusla,lu ada peluang blaja tinggi,lu blaja le betol betol...nanti keje boleh dok
dalam aircond..takde la susah payah macam gua ni.." Intonasi sebak itu diiringi ngn
tindakan menggosok gosok dinding gelas. sebijik cam drama drama kat TV.

" tak tentu jugak bro, ade je mmber kita..blaja tinggi, tp skang jual burger je..ada gak
sekolah tak habis,tp skang dah ada syarikat...gua rasa nie semua pasal peluanglah....
kalau lu dapat peluang,inshaallah lu bleh berjaya...betol tak? lu pulak? lu
buat ape skang? keje nganto barang lg ke? "

" macam macam keje gua buat john, siang nganto barang, malam kadang kadang
tolong member gua kat kedai makan dia, kadang kadang meniaga pasar malam, buat
plumbing sikit sikit...macam tulah...cukuplah nak bayar rumah sewa ngan keter,makan
minum sikit sikit,nak mewah mewah takde lah...orang macam gua ni macam tulah
john,susah nak dapat keje bagus bagus..takde sijil,sekolah tak habis...ni kira oklah,gua
muda lagi...boleh lagi nak kehulu kehilir,kalau gua dah masuk umo 30, dah kawen
cmna? "

Gua diam. Taktaw nak balas apa....tapi mungkin itulah jawapan untuk gua kenapa muka
member gua nie sentul gile. Dan daripada gaya beliau bercakap...dah macam orang
orang yang pikir masa depan...dah takde aura aura sentil idung macam dulu..

" Ada orang buat duet pakai mulut je john, ada orang jumpa orang pun dapat duet, ade
orang buat duet pakai duduk depan komputer je...tapi orang orang macam gua nie,kene
berpatah patah tulang baru dapat duet...itupun sekejap je habis john,lepas tu nk kne
berpatah patah balik..." sambung beliau...mungkin pasai dia tengok gua diam saja.
dan acara sembang itu berlanjutan untuk beberapa jam...Insaf sekejap gua, memikirkan
betapa susahnya nak mencarik duet nie.....orang sanggup buat macam mcam...sebak
gua jadinya....Mase dia mintak diri tu gua rasa adala dalam pukul 3 pagi....masa tue
gelas nescafe dah bersepah2 atas meja...rokok winston kotak 20 gua pun dah tinggal 2
3 batang je..mase kat kaunter tue...mamak tu cakap semua sekali RM14.50...gua selok
poket gua nak amek wallet..

" takpelah john, gua bayarkan...bukan salu jumpa,lgpun gua ni dah kje, lu tue budak
sekolah lagi"

Gua sengih je dalam hati...lega,pasai selamat duet yang tak berapa nak banyak dalam
kocek gua itu. Dan masa nak bayar tue, gua sempat jeling isi wallet beliau yang dah
takde ghupe wallet itu....gua tengok ada not merah sekeping, dan not biru ( gua yakin
duet singgit ) dalam 2 keping...sebelum dia bayar,dia toleh kat gua...

" john lu ade 2 ringgit tak? gua takde duet kecik lah..."


gua jadik sebak balik.....

Potong Tang Kona : Artikel ini gua tulis dan post di dalam Facebook - November 2, 2009 at 6:50pm
Ini kisah benar dan masa atas motor odw balik itu gua nanges sambil nyanyi lagu Wajah, OST siri Bersamamu tu. alaaah, yang Jacklyn Victor nyanyi tulah. Bapak sedih nak mampos. deemm!


EPIGRAM : Salam Kenal Kenal

Sebutir beras di pantat guni yang besar.

Gua hidup dalam realiti dan normal seperti lu dan mereka. Pandu kereta mewah, punyai rumah besar. Jelajah negara dingin atau panas tiap cuti Christmas. Tubuh dan rupa seksi, kerja lepak  goyang kaki, duit masuk berbaldi baldi.  Tiada hutang, beli barang bayar tunai bawa pulang. Bantu keluarga, bagi projek untuk adik dan anak bini, tandatangan mahal macam menteri. Masa untuk berjalan pegang tangan sayang, susur bibir laut waktu matahari pejam.

-------------------------------------- Cuma dalam mimpi ---------------------------------------

Gua hidup dalam mimpi dan fantasi seperti lu dan mereka. Pandu kereta negara jenis yang rosak sebulan 2 kali. Rumah flat, sewa. Balik rumah panjat tangga. Hujung bulan di Mydin, sambut hari istimewa di KFC tidak sesekali McD (haraaaam).  Nak berjalan? nak makan angin? Buka kipas, nganga……...Nah kau. Rupa sah tidak boleh buat duit, seksi jauh sekali.  Kerja masih kuli masih makan gaji. Hujung bulan bayar hutang, tengok baki tepuk dahi.  Nak bantu kelurga? Nak bagi projek? Sipi sipi. Pegang tangan bini jalan jalan tepi pantai? Bertuah!...Paling kuat pun pimpin tangan masa redah pasar malam. Itupun sekejap saja. Tangan berpeluh. Bini gua, bukan gua.

--------------------------------------- Ha, ini reality ----------------------------------------------

Perkara lain mengenai gua :
  • Mempunyai self confident level yang tinggi dan sangat poyo
  • Senyuman yang manis dan disayangi mertua
  • Memiliki jiwa yang suci dan halus, mudah terasa jika dipaksa.
  • Tanpa sedar, selalu terkorek hidung dekat public dan cepat cepat kaver balik.
  • Memakai jam di tangan kiri
  • Memiliki skill memasak yang mengagumkan
  • Benci Facebook, tetapi memiliki akaun atas alasan untuk release tension (banyak benda bodoh dan kelakar manusia post di Facebook)
  • Lemah dalam mengingat jalan dan mengeja
  • Suka membaca novel novel cinta (eh, lu pehal gelak...nak kena bedub?)
  • Suka mentertawakan peserta mana mana realiti TV
  • Bengis ketika bekerja, cute ketika bersama keluarga
  • Boleh menjadi imam solat, mengepalai bacaan tahlil dan yasin
  • Kadang kala membuat keputusan membabi buta dan bila menyesali akan menumbuk numbuk dinding sambil mencarut bahasa Perancis
  • Mampu menggunakan chopstick dengan baik
  • Pernah di samun (masa itu punya cuak sampai rasa hilang separuh DNA kejantanan gua)
  • Bekerja di dalam sektor perkilangan dan servis
  • Tidak boroi walaupun gemuk
  • Percaya bahawa ucapan ‘terima kasih’ itu penting dalam kehidupan dan perhubungan
  • Suka karok dan semasa menyanyi gaya mestilah poyo
  • Mempunyai skill kesenian. Buktinya, gua pernah masuk pertandingan menggubah bunga semasa darjah 5 dan menang pertandingan itu.
  • Menggunakan sabun buku cap Bebi Jonsen untuk semua bahagian badan
  • Sudah berkahwin dengan seorang isteri yang pandai memasak, sweet sweet, cantik dan kami BAHAGIA! (ini bini gua yang paksa tulis)

Gua buat blog ini adalah untuk marah orang dan marah diri sendiri. Jadi blog ini nanti mungkin penuh dengan kata kata kesat dan cacian sebab gua memang bengis orangnya. Selain itu,mungkin gua akan masukkan beberapa cerita nasihan dan kerasulan bagi memenuhkan tanggungjawab dakwah kecil.Jadi sapa sapa yang terklik dan baca blog ini sila sedia baca dengan jiwa neutral dan minda terbuka.

Potong Tang Kona : Sembang nak good good je baget ramai follower. Ptuih!