Wednesday, July 23, 2014

EPIGRAM : Geng Baju Raya Mahal

3 4 hari dekat nak raya ini gua dapat kesan, ramai juga kawan kawan yang mengeluh. Lapor mereka, baju raya sekarang ini mahal bukan main lagi. 4 5 ratus habis buat beli baju raya sahaja. Kalah harga jacket kulit, kalah harga sewa baju kahwin.

Gua macam...iya ke?

"Baju raya jenis macam mana yang mahai sangat tu?' Gua tanya balik

"Baju Melayulah John, takkan baju Kot berseluar Yankee pula" Dia cuba bagi punch line.

"Eh, gua usha dekat Mydin ade je baju melayu RM48.00...apa yang mahal sangat sampai ratus ratus?" Gua cuba hujahkan.

"Alah John, baju raya kot. Takkan nak pakai yang Mydin punya..kang selisih dengan bangla yang pakai baju sama. Malu siot!" Dia jawab balik.

"Bapak angkuh gila tolak baju melayu Mydin...Lu kalau miskin, buat cara miskin. Toksah nak membebel banyak. Baju itu mahal sebab lu tak mampu. Kalau lu kaya, baju patlima ribu pun lu takkan mengeluh......kata duit banyak. Apadahal" Ujar gua, tegas dan keras..........cuma, kali ini ia bergema di dalam hati sahaja. Kehkehkeh. Kesian pulak, kecik hati member karang.

Tapi itulah, yang nak ceritanya. Ini perangai samalah dengan jantan jantan yang dah kahwin. Gaji tak seberapa tapi hati keras juga nak pakai kereta mahal. Esok lusa bila rosak sikit, kumpul gaji 4 bulan baru boleh nak repair. Ha, samalah perangainya itu. Elok sangat.

Memanglah kita digalakkan untuk memakai pakaian yang indah indah, yang terbaik dan berwangi wangian pada 1 Syawal. Itu sunnah tu. Memang molek sangat kalau diraikan. Tapi tidak pula kata kena beli baju yang mahal. Berpada pada lah. Ukur baju badan sendiri. Duit takde,tapi nak yang mahal. Pastu nak mengeluh.

BERPADA PADA. IKUT KEMAMPUAN. JANGAN MEMBAZIR!

Tiada pun depa letak syarat, yang kata:

"...Baju Melayu untuk raya kena yang berharga seratus dan ke atas sahaja. Songkok pulak kena yang jenis jenis YB, tinggi 6 inch tidak boleh kurang. Sepasang kaca mata hitam jenis RayBan wayfarer adalah mandatori. Butang baju perlulah yang berkilat, berwarna terang dan saiz besaq besaq kuih tat gulung. Sampin pula kalau tak pakai yang songket original, tok sah dok angan angan nak masuk dalam line masa bersalaman dengan aku di pagi hari raya. Kalau kantoi dengan aku yang pakai sampin ada getah, aku bakar terus!.."....(Hiperbola)

Tidak kan? So, jejantan semua kena rilek. Toksah buat kalut macam perangai perempuan. Depa itu lain, nak pergi kedai beli bawang pun nak cantik cantik. Inikan pula time raya. Kita jantan jantan kena cool, kena selamba. Tapi selamba di sini tidak bermaksud pergi sembahyang raya main pakai pelikat pants sama t-shirt Metallica atau Gun & Roses pulak brader. Itu bukan selamba, itu bongok.

Gua pernah juga tanya tanya, yang lu orang tiap tiap tahun beli baju melayu baru untuk raya ni. Tak rasa rugi ke? Pakai bukan selalu pun. Tahun depan nak beli lagi. Apa beza baju melayu raya itu dengan baju melayu yang korang beli untuk pakai masa pergi solat Jumaat, kenduri kahwin atau ziarah kematian?

Depa kata. Huuissh, laaaiiin (sampai herot mulut). Baju yang untuk raya ini materialnya baguuus. Jahitannya kemas. Ringan. Bila pakai tidak gatal gatal, sejuk. Selesa!

Eh, ringan? Tidak gatal gatal? Sejuk? Selesa? Terus gua teringat baju Pagoda gua yang tergantung di rumah. Alah...yang ada kuning kuning sikit kat ketiak tu. Jantan jantan lain takkan takde kot. Sama dowh....ciri ciri dia.

Gua ini mungkin suara jantan yang pendapatan biasa biasa. Jantan jenis yang ada ada, jenis yang pendapatan 10k atau 20k mungkin lainlah pulak pendapat mereka. Besar kemungkinan mereka akan beli yang mahal. Tapi yang pendapatan ciput ni kalau nak beli yang mahal juga. Boleh, belilah. Tapi toksahlah mengeluh kata mahal pulak. Buat sakit hati gua je dengar. Puih.


Potong Tang Kona : Semalam member gua cakap ada satu butik ni jual Baju Melayu sepasang RM900.
Gua macam..................Wow! Pasti yang beli itu pendapatannya RM4 juta sebulan.

No comments:

Post a Comment