Menjak dua menjak ini, selain open house raya. Banyak juga gua terima jemputan perkahwinan. Sebagai contoh minggu lepas, gua ada hadir satu majlis perkahwinan di Bangi. Ini adalah perkahwinan sepupu gua, akad nikahnya itu waktu malam. Kurang lebih jam 8 macam gitu. Kebetulan pak cik gua yang juga wali, request untuk jadi juru akad (ini contoh jantan yang sangat sejati).
Masa pengantin dok testing dan berlatih lafaz akad, adalah salah seorang jemputan yang duduk sama meja dengan gua itu muntahkan soalan.
"Masa ini mesti cuak gila ni kan? Pulak tu si wali yang jadi juru akad...huu aih. Masa kamu dulu neves tidak?"
kurang lebih begitulah soalan yang diajukan dan dia ini adalah seorang gadis. Bujanglah maksudnya.
Gua sekilas pun tak pikir, terus jawab.
"Tak cuak..."...nampak, seorang jantan perlu yakin! Hahaha
Sebab ramai pengantin baru (untuk jejantan) biasanya anggap, kena tanya soalan dengan tok imam, akad dan baca lafaz Ta'liq dalam proses perkahwinan itu adalah sangat mencuakkan. Dan bila selesai aje, boleh relek, happy happy. Padahal perkara yang akan berlaku selepas itu lebih lebih lagi men cuak kan.
Ok, kepada para jejantan yang bakal menjadi pengantin atau mana mana anak gadis yang masih tidak tahu dan ingin tahu. Ini gua nak cerita. Ke cuak kan atau gemuruh masa akad nikah ini mungkin normal. Lebih lebih lagi untuk jejantan yang memang jenis ada stage fright atau mudah dapat nervous breakdown. Tapi cuak masa akad nikah ini rasa dia macam cuak untuk sesetengah orang tidak pakai seatbelt dan kat depan sana ada police buat roadblock. Dia macam :
".....eh, eh..alamak, alamak..demmit..mana seatbelt aku nih..aduuuh"
Bila dah settle dan dah lepas itu ia akan slow slow hilang dan lenyap seperti buih buih ombak yang timbul sekejap sekejap di tepian pantai. Sebab selepas itu, pengantin lelaki akan sibuk layan tetamu, sanak saudara dan kawan kawan yang tak abih abih ugut nak call pukul 12 malam karang. (Tah hape hape perangai) Lebih lebih lagi kalau petang tu awan mendung menandakan hari nak hujan. Siap la hangpa. Kena point sampai sudah.
Jadi pendik kata, memang masa akad itu nervous nya suam suam kuku sahaja atau memang tak nervous langsung. Hah, apa? Lafaz Ta'liq? Hek eleeh, lagi lah tak cuak. Alah...bukan susah pun, baca aje. Baca...macam baca surat khabar tu. Apa nak cuaknya. Bukan dia tulis bahasa Uruguay atau Jepun. Jadi, tang mana yang cuaknya? Meh gua listkan. Seorang jantan yang telah menjadi suami akan menjadi cuak dan sangat cuak bila mana :
- DIA TAHU DENGAN JELAS. Setiap perbuatan dosa isteri itu, suami dapat bahagian juga
- Isteri tak sembahyang dan tak pandai mengaji
- Isteri tidak tutup aurat dan rambutnya oren
- Isteri buka pekung dan kuat mesyuarat tingkap
- Isteri rupanya tak reti langsung memasak dan buat kerja rumah
- Isteri cakap 'Dear...i ada tengok satu hangbag/kasut ni tau...' Sambil gosok gosok peha.
- Isteri cakap 'Dear...u ingat tak tarikh kita mula mulaaaa couple dulu?'
- Isteri cakap 'Dear...ni, ni...TUKANG URUT SEK24 ni sapa ni?Sapaa??' Yang sebenarnya adalah Pak Hassan, tukang urut Seksyen 24 Shah Alam. Tapi dia ingat tukang urut seks. Hadooi! "-__-
- Isteri cakap 'Dear...u mesti lupakan? Mesti lupa ni! Hari ini anniversary kita!!!'
- Tiba hujung bulan, bila kena setelkan bills. Lebih lebih lagi yang kahwin berhutang bank.
- Tiba hujung bulan, bila tiba tiba kereta rosak
- Tiba hujung bulan, bila anak cakap cikgu suruh beli buku tambahan
- Kena buat pilihan, duit yang tinggal ni nak buat isi minyak kereta pergi kerja atau beli pampers anak dulu
- Kena buat pilihan, siapkan kerja yang berlambak lambak di ofis atau balik rumah mertua (hujung minggu)
- Kena buat pilihan, pinjam duit dari member atau tahan lagi 4 hari untuk gaji sebab bank dah start call tanya bila nak bayar hutang
- Kena buat pilihan, join member lunch di KFC, Pizza, makan Ayam Penyet atau simpan duit itu beli ayam untuk lauk di rumah
- Kena buat pilihan, bagi duit pada orang tua di kampung dulu atau bayar sewa rumah dulu
- Kena buat pilihan, perlu atau tidak buat lebih dari satu kerja untuk sara keluarga
- Kena buat pilihan, gembirakan hati ibu bapa sendiri dan mertua dalam satu masa yang sama
- Kena buat pilihan, batalkan insuran atau tangguh hutang bank lagi 2 3 bulan
- Tiba tiba boss cakap 'You're fired!'
- Tiba tiba mertua cakap 'Eh, ada telur aje ke dalam peti ais rumah kau ni?'
- Tiba tiba orang tua di kampung cakap 'Haji Megat sebelah rumah tu dah 3 orang cucunya..'
- Tiba tiba isteri tak balik rumah
- Tiba tiba tengok baki akaun bank tinggal RM24 padahal baru 12 haribulan
- Tiba tiba tarif elektrik, harga minyak, gula, ayam, daging, ikan, toll dan lain lain.....naik!
- Tiba tiba perasaan marah, sedih, stress, bengis muncul
- Tiba tiba kena serangan jantung......
Ok, sampai tahap itu. Memang cuak, tak perlu pakai baju songket. Tidak perlu bertanjak tinggi, berkeris kontot. Tidak perlu ber shake hand dengan tok kadi atau pak mertua. Tidak perlu duduk bersila atas bantal di depan orang ramai. Tak perlu....dia punya cuak memang gila punya. Melampaui cuak semasa ritual akad itu. Pi lah tanya mana mana jantan yang dah kahwin. Kompom!
Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh buat jejantan semua cuak. Apa yang gua list kan itu sikit saja tu. Nyambil nyambil aje tu. Yang buat lebih parah lagi, semasa dalam keadaan menggelabah, nervous dan cuak itu. Tiba tiba baru terlintas dalam hati...
'Eh, gua ini rupanya tak bersedia lagi....kot'
Memang naya. Jadi, jejantan semua. Bersedialah. Maksudnya bersedia di sini bukan bersedia pergi buat manicure pedicure. Bukan bersedia untuk ukur baju pengantin, bukan bersedia pergi urut badan, urut batin, mandi minyak, mandi susu, cukur kumis, trim janggut, tempah kad kahwin, bukan bersedia itu sahaja. Tetapi bersedia untuk menghadapi semua situasi yang bakal menjelma selepas usai proses akad itu. Haish, paham ke tidak ni?
Bersedia juga bukan bermaksud perlu ada duit yang banyak, bukan juga bermaksud kena ada kereta dulu, atau rumah, atau simpanan ASB yang beratus ribu, atau jongkong emas yang bersusun tinggi atau apa apa yang berbentuk material. Tidak. Bersedia yang sebetulnya adalah dari segi minda, peranan dan tanggungjawab menjadi suami dan ketua dalam keluarga.
Bersedia juga bukan bermaksud perlu ada duit yang banyak, bukan juga bermaksud kena ada kereta dulu, atau rumah, atau simpanan ASB yang beratus ribu, atau jongkong emas yang bersusun tinggi atau apa apa yang berbentuk material. Tidak. Bersedia yang sebetulnya adalah dari segi minda, peranan dan tanggungjawab menjadi suami dan ketua dalam keluarga.
Kalau bersedia, kemas dan kukuh. InsyaAllah..dari proses awal, sampai bila bila pun tak cuak. Nak masuk akad yang kedua? ke tiga? ke empat? (kalau kahwen ramailah) tetap tak cuak. Tak nervous. Kalau cuak sangat pun suam suam kuku sahaja. Lepas itu ia akan slow slow hilang dan lenyap seperti buih buih ombak yang timbul sekejap sekejap di tepian pantai.
![]() |
| Google Image |
Potong Tang Kona : Ramai jemputan yang kata, nampak tangan gua mengigil masa baca lafaz Ta'liq. Haish! Itu bukan menggigil tu...itu pakinsen tu. Dia memang datang jarang jarang. Kebetulan hari tu dia datang. Nak buat macam mana..........kan. Ha.

No comments:
Post a Comment