Saturday, July 5, 2014

EPIGRAM : Movie Yang Gua Tonton

Selain membaca, gua suka nonton filem. Gua rasa filem yang gua tonton mungkin lebih banyak dari buku yang gua baca. Hahaha!

Mungkin tidak sama dengan jejantan lain yang lebih suka pergi panggung wayang, gua lebih gemar nonton filem di rumah. Badan togel pakai boxer, lampu rumah kasi dim sikit, sub woofer setting kasi dentum, kopi 434 satu 1 jug, rokok sama lighter, on PC, kaki silang atas buju meja....nindiaaahh! (tanda bagus) Ashtray jangan lupa, kasi rapat sikit. Senang nak jentik habuk rokok. Hahahaa.

Mana mana jantan yang gemar menonton filem di rumah, pasti memahami sepenuhnya apa yang gua gambarkan sebentar tadi. Sebab gua kira masa gua nonton filem itu adalah masa untuk diri sendiri setelah penat bekerja. Jantan sejati memang memerlukan senarai movie bagus untuk di tonton di hujung hari hari yang sibuk.

Entri kali ini gua nak share beberapa filem yang gua rasa berkualiti dan mempunyai jalan cerita yang bagus. Tidak cuma berdentum sana sini tapi jalan cerita sama aja. Tau tau dah habis..Hahaha.
Yang gua senaraikan ini adalah yang gua paling minat dan yang gua masih ingatlah. Maknanya memberi kesan yang agak mendalam juga. Gua list kan ikut kategori supaya.....aaargghh, letih lah nak bercakap bulan bulan puasa ni, layan jelah!


ALL TIME FEBRET!
ini cerita memang lagend, sapa yang kata dia minat filem dan masih tak tengok cerita ini. Gua kira macam orang perempuan yang kata minat gila gila punya pada Cristiano Ronaldo tapi tak tahu dia main club mana.


BEST INTRO
Intro cerita ini memang epic nak mampos, padu dan mengenyangkan!


BEST ENDING 
ini pun lagend juga, bapak punya twisted


MENCARUT PALING PANJANG
Rasanya ada lagi satu filem yang mencarut lebih panjang, tapi gua dah lupa tajuk filem itu. Ya lah, buat apa nak ingat sangat pun benda gini. Baik ingat ayat surah surah lazim.


SEJARAH
Cerita ini agak panjang durasinya. Cerita pasal saudagar German selamatkan tawanan Jewish dari Nazi. Pakcik S.Spielberg yang direct. Sapa jenis tak minat, 15min pertama confirm tidur, kalau tengok ramai ramai akan berdengkur secara rawak


CERITA MENANGIS
Eh, tak cukup sedih ke cerita ini? Yeke? Kuch Kuch Hota Hai lagi sedih? Biar benar bradeeerr~ kemon la..kemon la...


BALAS DENDAM SECARA BAD ASS SEKALI
Cerita Taken pun best juga, tapi gua suka yang ini sebab ending dia real sikit.


CERITA KUNG FU
Sebab pergerakan watak utama semasa bergocoh sangat minimal dan angkuh sekali!


ANIMATION
character dalam cerita ini sangat pelik sekali. Ya, sangat pelik sehingga dia jatuh kategori genius.


PERLU DITONTON OLEH COUPLE SEBELUM KE JINJANG PELAMIN
Ini bukan cerita lucah syaitooooon. Ini cerita pasal macam mana nak panjangkan rasa kasih dan sayang pada pasangan. Bijak cerita ini, jejantan semua, lu orang kena tengok!


ZOMBI MENGUASAI DUNIA
Ini cerita memang thorbaik sekahli dalam kumpulannya Dalam cerita ini zombie telah masuk ke fasa yang berbeza. Depa semua berlari ligan manausia. Bukan jalan seret seret kaki dan merangkak lagi macam zombie dalam filem Mamat Khalid. (jangan marah bang, lu pun gua minat)hehehe


ACTION : PENJAHAT YANG BAIK
Terus terang cakap, selain Shawshank Redemption, cerita yang ini gua dah layan 20 kali.


BAPAK SAMA ANAK
Dah banyak movie yang mcam gini sekarang, bapak bekas CIA/polis/penjahat dan jadi baik/Tukang paip tetapi hensem/pesara tentera atau agent FBI. Hubungan dengan anak tak ngam,Pastu anak kena culik dengan penjahat, sebab dendam. Pastu bapak pegi gocoh penjahat. Pastu hubungan baik semula anak beranak..Alah..macam citer Taken atau R.E.D itulah. Tapi gua tetap suka yang ini.


LOVING LOVING
...............sebagai rockstar, gua serba salah nak komen lanjut. Takut menitik air mata


BERCAKAP SAHAJA SAMPAI SUDAH
Ini cerita, kalau jenis Jantan tipikal yang suka nonton letop letop, gocoh gocoh, baik tak payah tengok. Gua yang true Jantan ni pun tengok tersengguk. Kena layan 2 kali baru sudah dan faham.


CGI YANG MENAWAN DAN MUNASABAH
Ini cerita sesuai di tonton ramai ramai atau waktu open house. Dengaq cerita talent Malaysia ada juga masuk dalam team yang buat effect cerita ini. Heybait na hangpaa~


CERITA PENUH DIALOG POYO! HAHAH!
Pakcik Quentin Tarantino ini filemnya memang gua layan semua. Timeline dan plot biasanya disusun rawak tetapi bijak. Dialog dalam cerita ini sangat poyo sampai gua selalu amalkan dalam kehidupan harian..hahaha!


MALAYSIA
Ini filem Malaysia yang ada nilai melayu yang cukup tinggi. Disusun dengan tertib sekali. Tapi bila abang dia buat Merong Titiwangsa, Bapak failed gila. Eh..fedap gua tahu!


INDONESIA
Cerita ini......dalam beb, dalam. Member gua menangis teresak esak nonton cerita ini. Gua? gua mana nanges dowh. Gua mata merah sebab demam masa itu. Cuba jangan banyak tanya.


THAILAND
Huih, cerita ini bengis wey...Gua ketap bibir sepanjang menonton.


JEPUN
Ini cerita, bini gua paksa tengok. Dia bet dengan gua, katanya kalau sekali menangis kena bayar RM50. Jadi terpaksalah gua tengok sembunyi sembunyi. Iyalah, kalau dah 16 kali? Cuba darab dengan RM50? cuba..cuba, tak sejuta?


KOREA
Menongkah jauh dari cerita cerita tipikal Korea, filem ini tidak menyediakan jantan muka jambu atau gadis mata besar dan prop warna warni. Jadi gua sangat berahi (maksudnya suka kalau loghat kelantan) dengan cerita ini. Psycho gila ceritanya.


HINDUSTAN
Gua tengok juga hindustan..Tapi filem filem yang terpilih dan dilakon atau diarahkan oleh Aamir Khan sahaja. Sekian.


CERITA PALING JANTAN DI DHONIA
Ini cerita memang padu utnuk semua jantan jantan di luar sana! Cerita ini gua tengok kali ke 12 pun masih berkerekot pelok bantal, hidung sroot sroot tahan hiba. Dalam hati cekal dan tekad esok mahu ke pejabat dengan wawasan yang baharu!


Potong Tang Kona : Selepas sahaja kawen, hobi menonton ini gua kongsi kongsi juga dengan bini biarpun dalam kebanyakan masa bini gua akan tidur dipertengahan cerita. Tapi kalau cerita Korea, hah! cerah butir mata sampai ke pagi. Gua pula yang berdengkur awal awal. Biasalah...sama sama suka filem, tapi tidak semestinya suka filem yang sama.....yedak?

No comments:

Post a Comment