Benar, menjadi jantan kebanyakan dan suami tipikal memang cukup mudah. Tetapi mahu menjadi jantan sejati dan suami yang bijak pula rupanya sangat mencabar. Jika di pejabat, anda bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan, atau mungkin sebagai keorang manager bank. Mungkin juga seorang bomoh, atau pelukis mural. Lebih untung jika anda seorang guru besar sekolah menengah atau cuma sekadar guru sandaran sahaja. Tidak kisah...tapi, bila di rumah! Anda adalah seorang plumber, bomba, polis, pest control, hakim, buruh kasar, majlis bandaran, wireman, pembuka botol ketat, tukang kebun, pengambil barang tempat tinggi, kaunter pertanyaan, tukang urut, chef, penasihat psychology, service aircond, menteri kesihatan, pekebun, pak guard dan sebagainya. Huih...susah wey.
Senang cerita, mahu menjadi jantan yang cemerlang gemilang terbilang. Kita semua kena serba sedia menempuh sebarang kemungkinan yang mendatang. Jantan semua perlu memiliki kemampuan fikir yang kreatif dan bijak seperti sang kanchiel!
Jadi sebagai President kepada PJSSB (Persatuan Jantan Sejati & Suami Bijak) yang baru sahaja melantik diri sediri sekejap tadi ni. Gua mau kongsi sama jantan jantan dan ahli persatuan semua tips dan kaedah bagi memudahkan pengurusan kehidupan PJSSB sekalian, walau di mana anda berada sekaligus mengangkat martabat dan peribadi seorang PJSSB ke aras yang lebih cemerlang dan mithali!
Semoga isteri bagi anda kawen dua.......(eh)?Potong Tang Kona : Ini gambar gua cilok dari blog orang lain. Dua tiga hari ini malas betul rasanya nak menulis sendiri. Mungkin bengang sebab time siang hari tak boleh nak korek hidung sedap sedap. Time boleh korek, terlupa pula nak korek. Bila dah azan subuh, baru teringat..eh,sepatutnya nak korek hidung tadi. Macam.macam hal lah!
























No comments:
Post a Comment