Friday, July 11, 2014

EPIGRAM : GAZA 1.0


BANTU MEREKA BANTU KITA.









Perjuangan yang kita saksikan ini bukan bermula minggu lepas. Bukan 5 tahun lepas dan bukan juga 10 tahun lepas. Perjuangan yang kita saksikan ini telah berlangsung lebih 60 tahun dulu. Cukup lama mereka bertahan untuk kita.

Gua cukup sayu bila lihat gambar dan video yang di muat naik dalam media. Yang perut terburai, yang badan berlubang, yang kena tembak, pecah kepala, kaki dan tangan hilang, yang hangus terbakar, yang hancur terus dalam gumpalan kecil. Lebih sayu lagi bila yang kita lihat itu adalah anak anak kecil. Banyak kita dapat jumpa di media. Gambar yang lama ada, yang baru pun ada.

Tetapi yang paling memberi kesan kepada gua adalah gambar yang ini.


...........Kenapa dia senyum?

Gua rephrase balik.....dalam keadaan dia yang begitu, kenapa dia senyum?

  • Aku tidak kisah dengan kecederaan kerana mempertahankan agama dan bangsaku. Dihujung derita itu aku nampak syurga Allah.
  • Aku lakukan ini kerana Allah, aku cedera, aku syahid kerana pertahankan bumi Palestin dan Al Aqsa untuk agamaku dan untuk kamu semua!
  •  Aku tahu doa kamu bersama aku, biarpun cuma di Facebook.
  •  .......ang ada makan McD sat tadi kan?

Potong Tang Kona : Besar sekali perngorbanan mereka di sana. Bila melihat kanak kanak ini cedera dan masih tersenyum. Gua berdoa pada tuhan, jika tidak syahid sekalipun. Gua mahu mati dalam keadaan berbakti.....bukan sebab kencing manis. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment