Seorang jantan sejati yang bijak (tidak semestinya belajar
tinggi) perlulah memiliki kerja tetap. Kerana bagi gua kerja ini boleh
membentuk peribadi contoh selain mengajar arti bertangungjawab. Mana mana
jantan yang tidak bekerja dan sedang
membaca artikel ini, gua keji lu orang dalam hati. Ptuih!
(kecuali dengan alasan kukuh, gua maafkan...sebagai contoh
mengalami lumpuh seluruh badan, then is ok)
Disebabkan gua mencapai akhil baligh secara mapan di yang
usia lewat, jadi zaman bodoh gua dulu banyak dihabiskan dengan benda ‘tah hapa hapa’ menyebabkan sekarang gua tergolong dalam kumpulan yang perlu bekerja
keras untuk menikmati pendapatan bulanan yang seimbang dengan hutang. Padanlah
dengan muka gua. Sebagai contoh, Suruh pergi kelas tambahan, gua bantai ponteng
pasang kereta Tamiya tepi parit. Bila besar sikit pergi high school, Subject
addmath dan subject Chemistry pakai 1
buku saja. Buku Subject Bahasa gabung dengan subjek sejarah, hantar
homework……apa itu??
Nindiaa punya bangang!! (Buat tanda bagus, cap kat dahi)
Ok,….sambung cerita pasal kerja.
Jadi bila gua melangkah ke alam pekerjaan, kebetulan masa
itu baru sahaja mengisafi diri. Jadi rasa takut sebab nak kena bersaing dengan
kumpulan yang sama sama masuk alam kerja. Takut tidak sekufu. Tapi dengan izin
Allah, gua telah berjumpa dengan seorang manusia yang memberi nasihat pada gua
dan ianya berbunyi lebih kuang begini.
“ Kau muda lagi John, orang muda memang biasanya buat kerja
bodoh. Tapi ingat, bila bekerja. Ini adalah tanggungjawab yang baru. Kau kata
kau zaman sekolah dulu malas belajarkan? So sekarang kau balas la balik, zaman
kerja ni ko jadi la rajin. Sebab dia dua saja John, dua saja dalam bekerja ni
John, MALAS dengan TAK TAHU….kalau ada dua ni, memang hapah pun tak jadi. Samala dengan
kehidupan. Tak tahu ni kita buleh ajar, boleh bentuk…tapi kalau malas…”
Dia tidak sudahkan ayat itu dan sengaja nak biar gua jawab
sendiri.
Selepas mendengar ungkapan itu, gua terus sematkan ia dalam
dada sekaligus menjadikannya senjata masuk ke medan perang dengan gaya yang
angkuh sekali……tapi rajin! Aceyyhhh~
Gua cerita ni sebab bukan sebab apa. Gua ada juga kenal
beberapa orang yang dah berbulu lebat satu badan tapi takde kerja dan gua
pernah tanya salah seorang dari mereka.
“Pasai pa hang sampai la tak kerja kerja?”
“ Takde kerja la John, puas dah aku carik ”
Selamba sum sum dia jawab macam gitu? Lu orang tengok..lu
orang tengok. Tak ke hangin satu badan? Nak aje gua jirus muka dia dengan tom
yam campur (masa itu tengak lepak kedai makan) Biar dia mengelupor di tempat kejadian. Bangla, Pakistan, Myanmar, Nepalingey, Indon, masuk Malaysia
macam semut, buat kerja. Dia yang terang terang muka jawa Malaysia itu cakap
takde kerja? Hapakah jahanam sangat perangai dia ini? Ptuih!
Bagi gua, sebagai seorang jantan. Tidak jantan langsung
seseorang itu kalau tak bekerja bila sudah mencapai usia yang layak. Siap ada
yang dah kawen brader….dah kawen, anak ada dua. Tetap tak kerja. Makan duit
bini, dia pulak syok dok korek ketuat sambil petik remote Astro, layan Kilauan
Emas.
Brebang!! (Bunyik gua tumbuk dinding, dengan muka yang
sangat bengis)
Satu lagi dialog yang gua bengang
“ Haish, aku dah hantar resume banyak kot, dekat bank, dekat
Gomen, dekat bla..bla..bla…dekat syarikat sana, dekat syarikat sini…bla..bla…..
tengah tunggu jawapan aje niha. Lagipun kalau aku kerja pam minyak ke, kerja 7e
ke, fast food ke, kerja kerja biasa ni…kot tiba tiba diorang panggil jenuh la
pulak aku nak buat surat benti kerja. So baik aku tunggu aje…”
“iye? Dah berapa lama lu tunggu bro?”
“ 4 bulan John…”
Kalau manusia ni ada depan lu orang, agak agak berlaku
pertumpahan darah tak? Impian nak kecap gaji beribu, tapi otak macam burung
unta! Hoi…pi minum Susu Enfagrow A+ la woi! Macam setan punya jawapan! Ptuih!

No comments:
Post a Comment