Hari ini gua nak bebel pasal salah satu ciri yang ada pada sewurang perempuan (apart from jumlah sebenar iaitu sepuluh juta ribu lapanblas ratus ciri ciri semuanya). Gua akan cerita secara cepat dan padat, sebab gua terlalu bengis dan banyak kerja sekarang ini. Ok...go!
Gua ada 5 orang adik lelaki dan yang bongsu (ke-6) itu adalah perempuan. So selain dari Ummi gua, adik perempuan dan bini gua adalah 2 orang perempuan yang gua kenal rapat dalam kehidupan seharian gua. Bezanya gua ini, pada satu ketika itu gua rasa shock nak mampus dengan cara perempuan melalui hari hari normal mereka. Sebab sebelum ini bila membesar dengan adik adik lelaki gua rasa semua macam…ok,..owh..mandi 5 minit? Ok, ok..tiada hal…Keluar rumah tak mandi?ok…ok…Eh,pakai baju semalam?ok..ok.biasa.

Tumbesaran adik perempuan gua itu tidak berlaku di depan
mata gua sebab gua di kolej,jadi gua memang hapah tak amik peduli masa itu.Tapi
bila gua dah amik alih tanggungjawab menjaga adik bongsu gua itu, dan gua sudah
berkahwin….rasa dia memang lain brader…lain…sumpah
Ok,ok..dia cam gini tau..
Kita sembang pasal barang keperluan asas sajalah, yang lain
tolak tepi dulu. Mula mula sabun. Sabun ya tuan tuan…sabun…..perempuan punya
sabun saja ada dekat 10 jenis bak aaangg! Kepala lain, muka lain, badan lain,
kaki lain, scrub lain, pemutih kulit lain, pemutih ketiak lain, yang buang
jerawat lain, untuk kulit kering lain. Pastu yang ntuk kepala dia pecah jadi 2
pulak, buang kelimumur lain, conditioner lain.
Lepas mandi, bedak pulaaaak, badan lain, muka dah tentu lain
lain. Belum campur lotion, 2 jenis. Lepas tenyeh, dia tenyeh lagi. Mana yang
dekat tengkuk, dekat ketiak, dekat jari jemari, lengan, semua lengkap depa
kaver.
Dulu sebelum kawen gua macam tidak paham sangat apa bedebah
punya lama bersiap ini. Gua dah berpeloh dekat motor (masa itu belum berkereta)
tunggu punya tunggu tak keluar keluar. Nak pi Jusco je pun, tengok wayang.
Sekarang pun setelah berkahwin ini, masih sama. Masih
lambat, cuma skang gua tunggu pakai bersila dalam kereta, ada aircond. Sambil
layan lagu dekat radio tiadalah terasa lama.
Rupanya inilah jawapan dia tuan tuan yang budiman dalam
toilet saja nak habiskan tenyeh semua benda adalah dalam sejam, lepas mandi
tambah lagi sejam. Pasal banyak sangat benda nak di pakai oleh orang orang
perempuan ini. (ini belum campur masa
nak pilih baju, pilih seluar, pilih brooch, dan akhir sekali dikemaskan dengan
lilitan tudung yang paling menawan dan rocket science punya complex)
Gua pernah berbalah dengan bini gua pasal isu ini. Biasanya
jawapan dia akan berakhir dengan 2 dialog berikut.
Dialog 1
“ I buat semua ini untuk u, kang u malu pulak jalan dengan I
“
Dialog 2
“ Perempuan memang semua macam gini. Memang semua siap
lambat.Ooooo, kalau I tunggu u masa jumpa u punya member, lama lama I diam aje”
Jawapan gua untuk kedua dua dialog ini adalah
“ok, ok..fine, fineee…..” Muka Jepun
Gua rasa jantan jantan lain pun pasti lalui perkara
yang sama..yedak? Tok imam, tok bilal, tok siak, tok guru silat, bonzer club,
ayahanda cap tiga, ntah ntah uncle najib pun kena dengan cik rosmah. Jadi bila
gua duduk diam diam dan piker piker balik. Memang ada betul jugalah apa bini
gua cakap tu. Tapi………..*sigh*
Baidewey, rasa macam gay sangat mengadu pasal benda ini. Point sebenarnya gua memang tak suka nak tunggu tunggu ni...
Note untuk bini gua, dear...i bukan cerita pasal u ni.i cerita pasal orang lain..i wakil suara jejantan seluruh Malaysia. Bukan u, u oookkk..(buat tanda bagus)

Potong Tang Kona : Gua
mandi, sabun buku bebi jonsen tenyeh 1 badan. Spray ubat ketiak pakai baju seluar, done!....kalau rajin tepek
bedak sikit dekat muka itu memang dah rasa maskulin nak mampus. Buat macam itu kalau nak pegi
mejlis keraian dan yang ada red carpet saja. Hahahah!
* Bedak muka? Lotion Muka? Powder muka? Jantan? kemooon bradeeer, murni dan sucikan wajah anda dengan wudhu'...baru jantan!

No comments:
Post a Comment