Friday, June 27, 2014

EPIGRAM : Malaysia Panas

Usai solat Jumaat tadi, Gua singgah pekena cendol. Dia setting di birai jalan saja, tapi cendol ini memang top dan shedap sekali! Ok, bukan itu yang gua nak cerita.

Apa yang gua nak cerita adalah, semasa gua sedang beratur tunggu turn order itu. Baju dah kuyup dah dengan peluh sebab panas! Matahari nindia tegak dekat kepala. Mata ini terpaksa gua sepetkan menahan silau yang sangat padu dan tajam. Disebabkan gua naik motor, so gua sidai kejap atas motor dan cuba menikmati cendol yang syahdu terbabit. Masa gua sroot cendol ikat tepi tersebut, tangan sebelah lagi laju dok kipas badan pakai hujung kolar baju. Dalam hati…ini last Jumaat sebelum Ramadhan ni. Panas panas pun boleh lagi sroot cendol lepas solat Jumaat. Macam manalah gayanya time bulan puasa nanti..…....................

Bang,bungkus lagi satu bang!

Panas, Malaysia sekarang memang panas betul cuacanya. Gua tidak dapat bayang lu orang yang kerja dekat luar bangunan sepanjang hari. Bancuh simen, kerja landskap, abang abang polis, kutip kelapa sawit, edar iklan ah long, buat jalan MRT, kerja perbandaran (yang kerja dalam opis tidak termasuk laa..) dan lain lain kerja seumpamanya, gua bersimpati dan gua respek sama lu orang! (ini serious ni) . Bukan apa, tapi suhu yang mencanak naik ini mampu memberi kesan pada mental dan fizikal masa bekerja. Boleh kena strok wo….eh, ini betul ini. Minta katup mulut tu, janganlah buat terkejut sangat.

Jadi, masa gua rempit nak balik ofis itu. Gua berfikir macam mana cara nak legakan sikit jiwa dan raga gua sepanjang musim panas ini. Nampak, masa rempit pun sempat berfikir macam cerdik pandai. Tapi masih merempit dalam keadaan yang molek. Multi-tasking tak otak gua?Hahahah..."poyoo nak mampos" Bisik gua di dalam hati.

Jadi gua nak share sikit apa yang gua pikirkan atas motor tadi.

Gua telah senaraikan (ok, sebenarnya gua search internet) beberapa simptom yang mungkin berlaku sewaktu menempuh cuaca panas melampau ini, ia adalah seperti yang berikut :
1.     Sakit kepala / kepala berdengung / Pening
2.     Keletihan dan badan lesu
3.     Kekejangan otot
4.     Mual dan muntah
5.     Hilang fokus
6.     Cepat marah dan emosi tidak terkawal
7.     Kalau teruk sangat, boleh sampai dehydration dan pengsan.

* Kalau perati balik, symptom ini macam sama aja dengan masalah dan perasaan pemiutang yang dikejar oleh pihak bank. Hahahahah!.....ok, mode serious balik.

Di bawah ini mula adalah beberapa cara untuk mengatasi permasalah cuaca panas yang gua baru terpikir jap tadi, antaranya :
1.     Banyakkan minum air (ini tidak boleh dilakukan oleh muslim di waktu siang Ramadhan  yang akan datang ini, toksah nak buat buat tanya kenapa)
2.     Kurangkan aktiviti di luar (yang ini memang tak berkesan pada yang memang jenis kerja luar bangunan)
3.     Banyakkan rehat (tidak berkesan kalau banyak kerja)
4.     Banyakkan bil air anda dengan cara mandi secara kerap
5.     Banyakkan bil letrik dengan cara memasang penghawa dingin di premis
6.     Banyakkan bersabar
7.     Banyak lah kau!

Seterusnya, adalah tips tips berkesan yang elok diamalkan ketika cuaca panas melampau. Ianya adalah seperti yang berikut :
1.     Kalau berjalan di luar kawasan bangunan, pakailah payung
2.     Pakailah cermin mata gelap. Ya…biarpun ketika berada dalam bangunan.
3.     Jangan menjadi gila babi dengan bersenam waktu tengah hari buta. Hapa kejadahnya semua ini??!
4.     Sentiasa bawa bekalan air minuman
5.     Kurangkan makan durian (hoi! Ini sedap ni woi! haduuuh)
6.     Elakkan pakai pakaian bewarna gelap atau jacket. Tak usah baget kacak padahal dekat dalam, ketiak sedang lencun
7.     Kurangkan  minuman yang ada kandungan gula tinggi
8.     Untuk pengguna kereta pula :
-       TINTED cermin kereta anda!
-       Buka sedikit tingkap kereta semasa parking
-       Jangan tertinggalkan anak anda dalam kereta dan lupa, jangan!
-       Servis penghawa dingin kereta anda
-       Parking ditempat yang redup atau berbumbung
-       Bagi signal sewaktu memasuki selekoh walaupun anda memandu kereta Audi……eh.
9.     Untuk penungggang motosikal :
-       TINTED visor helmet anda!
-       Pakai baju lengan panjang/handsock
-       Cuba cari jalan yang kurang lampu isyarat jadi anda tidak kering sewaktu menunggu lampu hijau
-       Tumpang member yang ada kereta berpenghawa dingin

Gua rasa, dengan informasi bernas dan bijak yang telah gua senaraikan ini sedikit sebanyak dapat membantu lu orang semua melalui dugaan cuaca panas yang tidak tahu bila akhirnya.  Sesiapa yang rasa idea gua ini sangat dangkal, sila abaikan, dan Ingat panas ke, hujan ke, kemarau ke, ini semua kuasa Allah ni. Sila hadapi dengan tenang. Case closed!

Potong Tang Kona : ………..ya, gua tahulah neraka Allah lagi panas. Gua tahulah yang itu. Iya, iya....sahabat sahabat dulu Perang Badar dalam bulan puasa..yang itupun gua tahu..rilek la, rilek la..


No comments:

Post a Comment