Gua ini darah kacukan. Kacuk Johor dan Kelantan….Hahahaha
Minggu lepas gua sama adik gua balik kampung di Kelantan.
Melawat orang tua di samping urusan yang sangat resmi. Gua kira Kelantan adalah
salah satu negeri yang paling best untuk dijelajah di dalam Malaysia ini. Satu,
sebab tanahnya itu sangat meluas jadi ia sarat dengan cerita dan sejarah.
Kedua, sebab Makanan! Hahahahah….
Famili gua ini jenis nomad, berpindah randah. Negeri
Kelantan ini (selain kampung walid gua) juga adalah salah satu negeri yang
menjadi saksi kepada tumbesaran dan pembentukan peribadi gua. Jadi dalam badan
gua ini sedikit sebanyak mengalir sifat sifat serta peribadi anak Kelantan.
Selain suka benda manis, reti memasak, merantau dan berniaga, kami suka makan!
Makaaaaaaan haje kejenye. Tak semua, tapi biasanya begitulah...
Kepergian gua ke sana tidak lama pun. Sabtu seawal morning
bertolak, dan the next day itu patah balik mai KL. Seawal morning juga. Jadi
pagi Sabtu itu gua dengan adik gua dari KL dah set dekat kepala dan perut kami.
Hapa pun jadik, kita sarapan dekat Kelantan. Nasi dagang! Nasi dagang! Nasi
kerabu! Kubang Pasu! Laksam! Lompat Tikam! Nasi Dagang! Nasi Belauk, Pulut
Panggang, Akok, Murtabaaaaakkkk...begitulah kami dok wirid. Macam bedebah
sangat perangai. Hahaha!
So dekat airport gua bantai minum coffee sahaja persis orang Eropah. Bapak punya mahal. One shot sahaja RM6.90 (seingat gualah)...adik gua yang belanja. Kalau gua mai sendiri sumpah tenguk mineral sahaja. Gelas kecik tahu! Haus pun tak hilang...
Dipendikkan cerita, masa touch down dekat Kelantan itu. Semua kedai sarapan dah abih meniaga. Jadi membungkam ajalah muka gua adi beradik bila mengenangkan nasi dagang. Dipendikkan cerita lagi…..perut masa itu punyalah lapar, jadi gua paksa walid gua bawak pergi tempat lunch terdekat yang paling sedap! Aaa...cemginilah, yang seterusnya ini gua cerita dengan gambar ya..
Ok, ini kedai dia brader, Ya, cem gitu aje dia punya setting....Tapi nampak kepala Mercedes itu?? Bukan calang calang yang mai sini, tahu!
Ini pulak menu yang kami ambil....nampak...sihat tak?
Ini pulak gambar sesudah kami selesai makan. Nampak? Meja macam baru lepas kena bencana. Makan macam orang Somalia....lapar satu hal la..tapi, dia punya shadu dan keenakannya itu. Ulam ulam pulak bila dicicah dengan budu asli, one word brader............warrggghhhhhh!
Yang lebih teruk lagi, sudahla sedap. Murah pula..makan berempat (walid gua bawak member), campur air dengan nasi tambah, RM27. Hoi!!! apa murah sangat ni woi! Setureess gua jadinya. Lu orang nampak pinggan yang licin bersih dan layak menerima bidadari di syurga itu? Ni, yang belah kanan ni....ha, itu gua punya. Masa makan itu pun muka tak kaver langsung. Peluh menitik nitik ni....disuap juga, disuap juga.
Kedai Nasi Ulam Jalan Tok Semain. Nora bagi...Hampat Bintaaang!
Lepas makan, kami singgah di Toko buku Jakpa Rawah. Beli buku yang adik perempuan gua hoder.
Next stop, singgah solat di Masjid Langgar
Inilah masjid yang gua cerita dalam entri 'Ramadan kali ini' tu. Yang gua main kejar kejar dengan member masa orang dok terawih tu. Inilah mesjidnya....Nampak lorong belah kiri mesjid tu? Ha..kat situlah. Exactly dekat situ. Hahahaha...kenangan, kenangan.
Usai zohor dan asar, kami pergi ziarah kubur nenek gua, rumah moyang gua dan rumah sedara mara mana yang ada. Kat rumah depa itu, bantai makan lagi. Round dan makan dan round lagi, pastu makan lagi, pastu round lagi. Tapi Nasi Dagang yang di idamkan masih tak dapat. Bila dekat senja kami balik hotel dan berehat. Sementara tunggu maghrib dan isyak, gua, adik gua dan walid berbahas pasal isu cadbury, buleh makan ka tak buleh makan. Selesai solat, kami pun bersiap semula untuk keluar....nak pi mana? Pi makan la!..hahahah!
Ini tempatnya, makan Chimchun, Jalan Pengkalan Chepa
Nak tahu sedap tak sedap, sila lihat meja ini dengan perasangka baik. (Ya, memang rakus cara kami makan) Hahahaha...
Dengan perut yang dah macam macam peti ais, selesai makan, kami pun bersurai dan pulang ke kediaman masing masing. Jam masa itu kurang lebih pukul 11 malam. Esok pagi pagi dah nak balik. Dalam hati dah pasrah dah...esok, jam 7 pagi dah kena check in. memang tak sempat nak pergi beratur beli Nasi Dagang kat kubang pasu tu. Malam itu tidur dengan redha ajalah.
Esoknya sesudah subuh, kami siap siap packed barang dan turun kat lobby sambil genggam kupon breakfast. Muka toya saja sebab mengenangkan sarapan yang akan depa hidang. Takpalah, gua layan roti bakar dengan pancake sajalah bisik gua dalam hati.
Nak dijadikan cerita, ini kuasa Allah ni. Dan dan sarapan pagi itu depa hidang nasi dagang! Magis gila ni wei! Macam nak sujud syukur rasanya. Gua ngan adik gua tak tunggu lama, terus terjah macam monyet. Hahahahahah!
Walaupun setting dia tak authentic sangat. Tapi kalau lu orang berada di Kelantan. Makanlah kat ceruk kedai/tempat manapun, InshaAllah dia punya rasa itu jauuuuuuuuhhh lebih sedap dari yang ada kat KL. Cemginihaaaaaaaa (tunjuk tanda bagus). Hotel tak hotel, gua tibai makan 2 pinggan. Ulang alik meja hidang dan meja makan macam kat kenduri. Rilek aje gua usung pinggan pergi tambah gulai ikan. Canteeek punya perangai. Eh, gua bayar kot..hahahaha
Jadi sepanjang perjalanan pulang itu. Kami adik beradik senyum sajalah. Tanggungjawab selesai, mission makan pun selesai. Cuma tak sempat nak ambil gambar bawah pohon kurma yang tengah top tu. Alah..yang kat bulatan tu (orang kelantan tahulah). Gua intai dari dalam kereta aja sebab takde parking. Ramai betul yang datang ambil gambar.
Kami touch down di KL kurang lebih jam 10 pagi. Semuanya indah , sehinggalah gua dapat wasep video Adik Firdaus.....*sigh*
Potong Tang Kona : Ada member gua sebut satu hari tu. Katanya orang Kelantan di Malaysia ni macam orang cina di dunia. Pergilah celah mana pun, Depa mesti ada dan depa berniaga!....gua dok diam diam dan gua cakap...hmmm,betul juga.









No comments:
Post a Comment