Thursday, July 3, 2014

EPIGRAM : Gua Bodoh Math

Masa kecik dulu gua bercita-cita nak jadi doktor atau pilot yang bertaqwa. Paling tidak pun jadi polis atau ahli sokan yang bertaqwa. (Ummi gua yang ajar, nak jadi apapun boleh. Asal bertaqwa!)
Alah..jawapan tipikal bayi 80-an kalau di tanya cita cita dan 'impian nak jadi apa bila dewasa'. Gua ingat lagi, awal tahun daftar masuk kelas semua kena gilir gilir berdiri, perkenalkan nama dan cita cita masing masing. Kalau dalam kelas ada 50 orang, adalah dekat 36 orang nak jadi doktor, lagi separuh nak jadi peguam. Yang baki baki sikit lagi itu nak jadi tentera atau cikgu.

Iyalah, waktu itu kalau kita sebut mahu jadi penulis blog yang berjaya, atau artis realiti TV atau berniaga online di Facebook, atau guru sandaran subjek Sejarah atau menjadi jutawan dengan bermain Forex. Labuh mulut cikgu, menganga.

Tapi, gua yang sekarang ini. Doktor mana..pilot mana, bertaqwa lagilah. Kucar kacir semuanya. Cita - cita dan impian jadi angan-angan yang aneh sahaja. Hendak dijadikan cerita masa dihujung hujung alam sekolah rendah itu entah macam mana baru gua perasan. Tangan gua ini rupanya adalah sikit-sikit talent melukis. Jadi zaman itu kalau yang pandai melukis itu pastinya menjadi hero gadis-gadis. Rupa paras pun masih cute lagi, jadi bohjan la gua. Hahaha. Takdelah..gua dulu sekolah pakai songkok kot!

Ok, sambung...

Agaknya ada sedikit darah seni peninggalan nenek moyang yang masih mengalir dalam pembuluh darah gua ini. Jiwa seni dan minat pada seni itu meleret leret sampai ke dewasa. Masuk high school gua ambil Lukisan Kejuruteraan dan Pendidikan Seni. Sambung belajar pun ambil bidang seni juga. Kerja pun dalam bidang yang melibatkan seni-seni ini. Dengan mengerah otak kanan, gua survive sampai sekarang.

Mengikut kajian personality dan psychology, orang yang Right Brainer ini, memang menjurus banyak pada art dan sangat bengap dalam mathematic. Secara peribadi gua sangat setuju, sebab gua memang bengap nak mampos math. Masa SPM dulu gua ambil Add Math dan Modern Math, jadi lu orang pasti boleh agak betapa bedebahnya result gua dalam dua subject ini. Nak cakap pun malu wey. Hendak dijadikan cerita, tuhan bantu. Gua secara tiba tiba ter ngorat satu awek yang memang power Math. Gua ingat lagi zaman itu kelas SPM ada 8 kelas. Gua hujung sini, awek gua (sekarang dan jadi bini) kelasnya di hujung sana. Waktu rehat, gua akan usung buku math gua, tawaf pergi kelas dia. Konon nak belajar sistem Matriks dan formula Arithmetic, padahal....gua nak duduk rapat rapat dan berbahagia bahagia dengan dia. Seingat gua jawapan berunsur nombor yang gua ingat sampai sekarang sepanjang zaman itu, cuma berapa ketul tahi lalat yang ada dekat muka awek gua. 7 semuanya!

Zaman kolej, awek gua ini ambil Statistic courses. Mudah kata kalau setakat soalan add math tu macam bahasa harian dialah. Memang power, kalau gua bandingkan kertas soalan peperiksaan. Gua punya soalan pakai abjad 1 perenggan, dia punya soalan pakai digit 12 perenggan. Gua pernah cuba selak sikit, intai kertas soalan peperiksaan awek gua itu. Terus muntah muntah dan sugul jadinya.

Selepas berkahwin, gua rasa kemampuan bini gua itu satu kelebihan yang melengkapkan kelemahan gua. Nampak, tuhan itukan adil. Semenjak dari itu, apa sahaja urusan yang melibatkan digit atau nombor, memang diserahkan buta buta pada dia. Kecuali gaji dan penyata kewangan gua (sebab ini sangat rahsia!). Yang dua ini gua uruskan sendiri. Hehehe.

Banyak pengalaman gua bersama dia yang membuktikan gua memang perlu ada seorang bini yang power kira kira. Semasa membeli barang rumah atau dapur contohnya. Gua akan serahkan certain amount kepada bini gua dan dia yang akan tentukan apa barang yang perlu dibeli, di kedai mana dan berapa banyak penjimatan yang boleh kami buat. Gua ikut juga pergi beli, cuma dia akan sediakan gua beberapa pilihan dan dia akan tanya pendapat gua. Walaupun selalunya dia yang akan buat keputusan. Gua tidak kisah, sebab selalunya dia betul. Setakat hari ini, dia dapat menyudahkan task itu dengan cemerlang sekali. Gua tepuk tangan berdiri untuk bini gua.

Biasanya selepas membuat pembayaran, dia akan ambil resit dan tolak trolley barang ke suatu sudup berdekatan kaunter dan periksa harga dalam resit itu satu demi satu. Sekejap sekejap dia akan belek barang dalam trolley dan rujuk balik pada resit. Kalau ada yang tak tally! Hangpa jaga...hangpa siap sedia! Dengan muka jepun dia akan masuk balik dan pergi check harga dekat rak barang. Kalau betul ada kesilapan. Dia akan pergi kaunter balik dan membebel pada yang menjaga kaunter. Situasi ini biasanya berlaku kalau kami beli barang di Tesco atau Giant.

Gua masih ingat ada satu kali itu, masa baru baru kahwin. Baru dua tiga kali beli barang dapur sama sama. Baru aja nak melangkah keluar dari pintu shopping mall, tiba tiba dia ajak gua patah balik. Guapun tidak tanya kenapa, menonong aja ekor dari belakang. Dia terus pergi kaunter aduan dan membebel, gua usha dari jauh saja sebab malas nak campur. Biasalah, perangai jantan. Lama juga dia membebel, cemas muka akak yang jaga kaunter. Gua rasa akak itu redha aja tadah. Hahaha..

Bila selesai, Gua tanya dia..

- kenapa dear..?
- Ni ha, dia scan harga salah, i report lah
- Iya? dia scan berapa?"
- Sepatutnya RM3.45, dia scan RM3.65" sambil tunjuk resit pada gua.

gua macam......

- Dua posen? beriya sioot.."
- Eh, mana boleh macam gitu. Itu duit kita..kita bayar, dorang ni main main buat kerja!"
- Alaaah, niat sedekah sajalah..bukan banyak pon dua posen, tak kaya pun.."

Bini gua tenung gua macam tak puas hati......dan jawab.

- i buat ni bukan untuk kita saja, i buat untuk semua pelanggan yang datang sini. Beli sekotak memang lah dua posen, kalau ada yang anak ramai, beli 6 kotak? Yang masuk beli barang dekat sini bukan sikit, ramai. Kalau dah 800 orang, kali dengan 6 kotak, dah berapa?

Gua diam, terkulat kulat macam siput sedut. Dalam hati menyumpah nyumpah diri sendiri. Pertama sebab, bernas juga alasan dia. Kedua, sebab gua tak boleh jawab soalan kira-kira yang dia baru bagi itu.

Masa berjalan menuju ke kereta, sengaja gua jalan lambat lambat, bagi bini gua jauh sikit. Diam diam gua keluarkan henpon dari poket seluar dan buka kalkulator...sebelah tangan tolak trolley, sebelah lagi dok petik nombor.

hmm..dua posen, darab dengan 800,ok..ok...pastu darab lagi dengan 6 kotak.....wuih, RM960! banyak woi!

Gua masukkan balik henpon dalam poket, dan tolak trolley penuh barang itu cepat cepat mengejar bini gua. Supaya dapat berjalan rapat rapat dan berbahagia bahagia. Sejak pengalaman itu, kalau ada kes yang sama berlaku lagi. Gua pun join sekali bini gua membebel di kaunter aduan. Hapa punya perangai scan harga tak sama. Main main buat kerja!

Potong Tang Kona : Perbelanjaan yang jimat dan cermat, bukan di Mydin, atau di Giant. Bukan di Speedmart dan bukan juga di Tesco. Tapi perbelanjaan yang jimat dan cermat adalah di tangan isteri yang bijak!






No comments:

Post a Comment